Page 368 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 368

7.3  MELAKSANAKAN PROJEK
                                                    KEUSAHAWANAN
            7.3.1  Menyatakan tujuan
                  menyediakan dokumen
                  rancangan projek          Rancangan Projek Keusahawanan
                  keusahawanan.
                                            Rancangan projek keusahawanan merupakan satu pelan yang
                                            menggariskan segala aktiviti dan tindakan yang perlu diambil dalam
                                            tempoh masa tertentu.

                                            Tujuan Rancangan Projek Keusahawanan

                                            Setiap rancangan projek keusahawanan yang dihasilkan mempunyai
                                            tujuan tertentu dalam perniagaan. Berikut merupakan tujuan rancangan
                                            projek keusahawanan:






                    Garis panduan                       Tujuan                  Memaksimumkan penggunaan
                      perniagaan                      Rancangan                       masa dan sumber
                                                      Perniagaan
                        Membantu dalam                                             Membantu
                       membuat keputusan                                        mencapai objektif



                                 Membantu                                    Meyakinkan
                             membuat ramalan                                pihak tertentu
                                                     Menilai prestasi
                                                       perniagaan


                                           Rajah 7.3 Tujuan rancangan perniagaan



           Garis panduan perniagaan

           •  Semua aktiviti sesuatu perniagaan digariskan dalam rancangan perniagaan.
           •  Sebagai panduan untuk mencapai keuntungan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
           •  Dapat mengurangkan kesilapan dan penyelewengan dalam sesuatu perniagaan.


           Membantu dalam membuat keputusan

           •  Membantu pemilik dan pekerja untuk membuat keputusan yang betul.
           •  Rancangan projek dikaji oleh pihak pengurusan sebelum membuat keputusan dan strategi perniagaan.


           Membantu membuat ramalan

           •  Rancangan perniagaan dapat membantu usahawan untuk membuat ramalan atau jangkaan berkaitan
              prestasi perniagaan pada masa akan datang.


           Menilai prestasi perniagaan

           •  Usahawan dapat mengkaji dan menilai prestasi atau kejayaan perniagaan dalam tempoh masa tertentu.
           •  Kekuatan dan kelemahan perniagaan juga dapat dikaji.



             362
   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373