Page 364 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 364
2 Pendaftaran di Kaunter
Pendaftaran mesti didaftarkan dengan menggunakan nama
sendiri ataupun nama 'tred'. Sekiranya menggunakan nama sendiri,
pemohon tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Nama
‘tred’ ialah nama perniagaan yang dicadangkan daripada Pendaftar
Perniagaan SSM terlebih dahulu. Contohnya Restoran Cita Rasa,
Kedai Dobi Bersih, Kedai Gambar dan sebagainya.
1. Pemohon perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan
Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
(a) Nama perniagaan
(b) Tarikh permulaan perniagaan
(c) Alamat utama perniagaan
(d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
(e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
(f) Jenis perniagaan yang dijalankan
(g) Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
2. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani ruangan
maklumat pemilik dan ruangan pengesahan oleh pemilik
tunggal atau rakan kongsi.
3. Pemilik atau semua rakan kongsi diwajibkan hadir untuk urusan
pendaftaran.
4. Dokumen yang perlu dibawa:
(a) Surat kebenaran atau surat sokongan untuk jenis
Kod QR perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika,
Pusat Tuisyen, Sekolah atau Kolej Pendidikan (Kementerian
Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri).
(b) Surat kebenaran atau sokongan daripada jabatan berkaitan
jika diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.
Sila layari laman sesawang 5. Bayaran Fi setahun
http://arasmega.com/qr-link/ (a) Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri
borang-borang-ssm/ untuk seperti dalam kad pengenalan (RM 30.00).
mendapatkan maklumat (b) Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
berkaitan borang-borang SSM. menggunakan nama ‘tred’ (RM 60.00).
(Dicapai pada 3 Oktober 2019) (c) Pendaftaran cawangan RM 5.00 (setiap cawangan).
(d) Cetakan maklumat pelanggan RM 10.00 (tidak termasuk SST).
Syarat Pendaftaran
Pemilik haruslah Pemilik dan rakan kongsi
warganegara Malaysia Berumur 18 tahun sahaja dibenarkan membuat
atau penduduk tetap. dan ke atas. pemohonan.
Rajah 7.2 Syarat pendaftaran perniagaan
358

