Page 369 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 369
Meyakinkan pihak tertentu
• Pihak bank, badan kerajaan dan agensi-agensi dapat diyakinkan untuk tujuan pinjaman dan
insentif perniagaan.
Membantu mencapai objektif
• Objektif dan matlamat perniagaan akan disenaraikan dalam rancangan perniagaan.
• Usahawan dapat mengambil langkah yang berkesan untuk mencapai objektif dan matlamat yang
telah ditetapkan.
Memaksimumkan penggunaan masa dan sumber
• Produktiviti perniagaan dapat ditingkatkan.
• Amalan pembuangan masa dan sumber dapat dikurangkan.
Langkah Penyediaan Dokumen Rancangan Projek
Keusahawanan
Terdapat pelbagai cara penulisan rancangan projek keusahawanan
yang boleh anda hasilkan. Kepelbagaian tersebut bergantung pada 7.3.2 Menerangkan langkah
faktor anda perlu menyediakan rancangan projek keusahawanan penyediaan dokumen
rancangan projek
tersebut. Rancangan projek keusahawanan boleh dibahagikan kepada keusahawanan.
lima bahagian.
1 Bahagian pertama
Pada bahagian pertama, rancangan projek keusahawanan mengandungi maklumat pengenalan dan
latar belakang perniagaan yang ingin anda jalankan. Berikut merupakan senarai maklumat yang terdapat
pada bahagian pertama rancangan perniagaan:
1. Jenis perniagaan yang ingin dijalankan.
2. Bagaimana anda menjalankan operasi.
3. Menerangkan serba sedikit berkenaan dengan pelanggan yang menjadi sasaran anda.
4. Nyatakan arah tuju pasaran anda.
5. Senarai persaingan yang boleh memberikan cabaran kepada perniagaan anda.
6. Senaraikan kelebihan anda berbanding pesaing sama ada dari segi perniagaan,
perkhidmatan atau produk.
7. Nyatakan alamat permis perniagaan anda dan nyatakan saiz lokasinya.
8. Senaraikan pengendali atau pekerja dan terangkan latar belakang kepakaran atau
pendidikan mereka jika ada.
9. Berikan cadangan pulangan atas modal paling minimum yang anda jangkakan.
10. Jangka masa anda untuk memulakan perniagaan.
11. Maklumat lain yang berkaitan dengan perniagaan atau produk anda.
363

