Page 376 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 376

2.  Terdapat empat jenis perniagaan di Malaysia seperti yang tersenarai di bawah. Berikan satu
               kelebihan untuk setiap jenis perniagaan yang dinyatakan.

                 Bil.        Jenis perniagaan                              Kelebihan

                  1.    Pemilikan tunggal


                  2.    Perniagaan perkongsian


                  3.    Syarikat sendirian berhad


           3.  Setelah selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan sedikit wang yang
               diberikan oleh bapanya, Liyana bercadang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan susu kacang
               soya cincau. Senaraikan agensi yang boleh membantu Liyana memulakan perniagaannya.

           4.  Senaraikan agensi yang membantu usahawan dari segi pemasaran.
           5.  Berikan agensi yang boleh membantu usahawan dari segi infrastruktur.
           6.  Huraikan peranan agensi yang memberi bantuan kewangan kepada usahawan.

           7.  Puan Yusrita telah mengusahakan perniagaan bakerinya selama lima tahun. Beliau mempunyai dua
               orang pekerja yang membantu dalam menjalankan proses dan membuat jualan. Berikut merupakan
               amalan yang dilakukan oleh beliau semasa menjalankan perniagaannya:

              (a)  Beliau tidak membuat penyata akaun secara sistematik dan menguruskan sendiri nota pesanan
                  dan invois yang dimasukkan dalam satu fail.

              (b)  Beliau tidak memfailkan bil utiliti kedainya seperti air, api, telefon dan lain-lain.
              (c)  Beliau membayar gaji kedua-dua pekerjanya dan menggunakan hasil daripada jualan bakerinya
                  termasuk perbelanjaan peribadinya seperti pinjaman rumah dan kereta.
              (d)  Beliau membeli bahan mentah secara tunai.

              (e)  Beliau tidak mempunyai fail khas hutang-piutang kerana semua hutangnya pada pembekal boleh
                  diingati jumlahnya dengan baik dan pembekal akan menghantar penyata hutang setiap bulan.

              (f)  Beliau juga tidak membuat kad stok dan penambahan bahan mentah hanya dibuat apabila
                   bahan-bahan mentah telah habis digunakan.
                  Apakah kelemahan-kelemahan yang beliau lakukan dan kesannya terhadap perniagaan beliau
               untuk jangka masa panjang dan cara mengatasinya.

                Bil.         Kelemahan                      Kesan                    Cara Mengatasi



























             370
   371   372   373   374   375   376   377   378   379   380   381