Page 122 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 122

ANDUH

               PENGENALAN KAIN PEMBALUT TIGA SEGI
               Kain pembalut atau anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas
               kerana boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.  Kain anduh yang baik berukuran seperti di bawah:














               Antara kegunaan kain segi tiga adalah:

                   a.  Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
                   b.  Menghenti atau menahan pendarahan.
                   c.  Menetapkan bahagian yang cedera.
                   d.  Menutup tempat yang luka atau cedera.
                   e.  Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.


               KEPATAHAN PADA TANGAN DAN KAKI
               Patah didefinisikan sebagai terputusnya kesinambungan struktur tulang. Patah ini boleh disebabkan
               oleh pukulan atau hentaman objek, tarikan otot yang kuat dan faktor penyakit seperti tumor tulang.

                       Antara tanda-tanda kepatahan yang boleh dilihat dengan jelas adalah seperti bengkak atau
               lebam di tempat yang patah, sakit apabila disentuh, anggota yang patah tidak berfungsi, mengalami
               perubahan bentuk fizikal dan berbunyi pada bahagian yang digerakkan.

                       Jika seseorang disyaki mengalami kepatahan, tiga langkah berikut hendaklahdilaksanakan.

                          1    Hentikan pendarahan (jika ada)




                            2     Rehatkan mangsa - pastikan mangsa dapat bernafas dengan
                                  betul

                          3    Kurangkan pergerakan anggota yang patah  - kurangkan
                               sakit/elak kepatahan bertambah teruk





                                                           91
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127