Page 127 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 127

ALAT PEMADAM KEBAKARAN DAN ALIH GANTI

               PENGENALAN

               Ramai orang biasa melihat alat pemadam api, akan tetapi tidak semua yang melihatnya mengetahui
               cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi
               ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Alat pemadam api adalah
               salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran.

                       Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai “alat
               bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal. Alat ini diletakkan ditempat
               yang  sesuai  dan  sentiasa  di  dalam  keadaan  baik.  Setiap  alat  pemadam  api  permulaan  mestilah
               ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan
               banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru
               muda. Alat pemadam api merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang sangat penting
               dan dapat mencegah api menjadi lebih besar.


               JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API

               Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai jenis dan
               bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran.

               Jenis pemadam api, kegunaan dan cara penggunaannya adalah seperti berikut:


                    Jenis Pemadam Api                Kegunaan                       Spesifikasi

                    Kelas A :                Memadam kebakaran yang        Secara umum tabung berwarna
                                             melibatkan bahan pepejal      merah.
                    Jenis Air                seperti kayu, kain dan kertas.   Jarak pancutan : 6 meter
                    (A)                                                    Muatan : 9 Liter (12 kg-15 kg)
                    merah                                                  Memadam secara menyelimut dan
                                                                           menyejuk.
                                                                           Sesuai untuk kelas api jenis A
                                                                           (Pepejal).
                    Kelas B :                Memadam kebakaran yang        Warna tabung kuning krim.
                                             melibatkan bahan cecair dan   Muatan : 9 Liter (14 kg –16 kg).
                    Jenis Buih               gas                           Jarak pancutan : 4 – 5 meter.
                    (B)                      mudah terbakar seperti        Memadam secara menyelimut.
                    putih                    minyak, cat, varnish, gas asli   Sesuai untuk kelas api jenis B
                                             dan gas asetilena.            (Cecair)

                    Kelas C :                Memadam kebakaran yang        Warna tabung hitam.
                                             berpunca dari arus elektrik   Jarak pancutan : 2 meter bagi
                    Jenis Karbon             seperti                       muatan 4.5 kg – 8 kg.
                                                                                  2
                    Dioksida                 papan transformer, peralatan   Gas CO  dalam tabung bentuk
                    (C/CO₂)                  kuasa                         cecair.
                    hitam                    elektrik, gas dan wap         Bertindak secara menyelimut dan
                                                                           menyejuk. Sesuai untuk kelas api
                                                                           jenis B dan C (Gas)






                                                           96
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132