Page 132 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 132
KESELAMATAN DI AIR DAN JALAN RAYA
PENGENALAN
Pendidikan keselamatan di tempat awam terutamanya ketika berada di jalan raya serta kenderaan air
perlu bagi murid-murid adalah sangat penting. Pengetahuan yang baik oleh murid-murid mengenai
keselamatan di tempat awam dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Tidak
terhad kepada guru, semua pihak harus memainkan peranan yang proaktif agar murid-murid dapat
memastikan keselamatan mereka di tempat awam.
KESELAMATAN DI AIR
a) Langkah-langkah Keselamatan Bencana Banjir
Banjir merupakan bencana yang kerap berlaku hampir sepanjang tahun di negara kita apabila
musim tengkujuh tiba. Oleh itu, selain daripada warga emas, kanak-kanak ialah individu yang
paling merisiko terdedah dengan bahaya ketika bencana banjir berlaku. Berikut ialah langkah-
langkah keselamatan semasa bencana banjir.
i) Semasa banjir (di dalam rumah)
Pastikan anda dan keluarga mendengar arahan di dalam radio. Stesen radio tempatan
sentiasa akan memberikan makluman dan arahan dari pihak berkuasa dari semasa ke
semasa. Jika mendapat arahan keluar dan berpindah, segera lakukan. Anda boleh
membantu ibu bapa anda bagi mempercepatkan proses berpindah dari rumah.
ii) Semasa banjir (di luar rumah)
• Jangan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada berjalan kaki atau menaiki
sampan. Aktiviti ini sangat berisiko kerana anda mungkin terdedah kepada
binatang berbisa dan juga terdedah kepada kecederaan akibat terkena objek
tajam yang kita tidak dapat lihat di dalam air.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.
101

