Page 133 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 133

•   Kanak-kanak juga dilarang untuk menyentuh mana-mana kabel atau wayar
                                     elektrik  yang  jatuh.  Berkemungkinan  kabel  atau  wayar  tersebut  masih  lagi
                                     mempunyai  aliran  arus  elektrik  yang  boleh  menyebabkan  risiko  renjatan
                                     elektrik.

                                 •   Selain  daripada  itu,  kanak-kanak  juga  dilarang  untuk  bermain  di  kawasan-
                                     kawasan berhampiran sungai, longkang atau lombong ketika banjir berlaku.
                                     Kawasan-kawasan seumpama ini boleh mengundang kemalangan dan boleh
                                     mengakibatkan kanak-kanak lemas atau hanyut dibawa arus.

                                 •   Air  banjir  tidak  selamat  untuk  diminum.  Air  tersebut  mengandungi  pelbagai
                                     kotoran dan juga bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Anda
                                     dilarang untuk meminum air banjir.

                   b)  Peraturan Keselamatan Ketika Menaiki Pengangkutan Air

                       Terdapat  pelbagai  jenis  pengangkutan  air.  Feri,  perahu,  kayak  dan  bot  adalah  sebahagian
                       daripadanya.  Marcapada  ini  terdapat  pelbagai  berita  tentang  kemalangan  melibatkan
                       pengangkutan air yang meragut nyawa. Kanak-kanak tidak terkecuali. Oleh yang demikian,
                       peraturan ketika menaiki pengangkutan air haruslah diambil perhatian. Antaranya ialah:

                       i)      Memberi perhatian kepada taklimat keselamatan.

                       ii)    Memastikan jaket keselamatan dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas jika
                              anda menaiki kenderaan jenis perahu, kayak atau pun bot. Jika anda menaiki feri
                              atau pengangkutan air komersial yang lain, pastikan anda mengetahui kedudukan
                              jaket keselamatan yang disediakan.






















                  Mengetahui kedudukan lokasi jaket keselamatan yang disediakan adalah penting ketika menaiki
                                           pengangkutan air komersial seperti feri.

                       iii)   Sentiasa patuhi arahan jurupandu / pengemudi bot / feri. Jangan lakukan sebarang
                              tindakan tersebut yang di luar daripada arahannya semasa berada di dalam
                              pengangkutan air.

                       iv)    Duduk dengan tenang dan tidak bermain dan bergurau ketika menaiki perahu / bot.














                                                           102
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138