Page 135 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 135
Namun begitu, jika kanak-kanak bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa,
mereka perlulah berhati-hati ketika melintas jalan raya. Berikut adalah langkah-langkah
bagi melintas jalan raya dengan selamat.
• Berhenti di bendul jalan atau undur satu langkah ke belakang
• Lihat kanan, lihat kiri dan kemudian lihat kanan kembali bagi memastikan
tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.
• Peka terhadap bunyi bagi sebarang kenderaan yang datang
• Melintas apabila merasakan keadaan sudah selamat untuk melintas sambil
melihat kiri dan kanan.
ii) Ketika membonceng motosikal
Adalah lebih baik jika kanak-kanak membonceng motosikal bersama – sama dengan
orang dewasa yang mempunyai lesen menunggang motosikal. Sebelum
membonceng, adalah perlu untuk dipastikan oleh orang dewasa tersebut bahawa
motosikal yang ingin ditunggang adalah dalam keadaan yang baik dan selamat.
Menunggang motosikal tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga serta tanpa lesen
menunggang motosikal adalah dilarang sama sekali dan salah di sisi undang-undang.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan jika seseorang kanak-kanak ingin
membonceng motosikal:
• Memakai dan mengikat kemas topi keledar.
• Duduk pada posisi yang betul dan selesa serta kaki diletakkan pada rakap
kaki dengan betul.
Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia.
Kandungan ini dikongsi di bawah lesen Creative Common.
104

