Page 33 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 33

T      Tatabahasa
                                         Farmasi Pandu Lalu

            Encik Husin mengambil Hadif dari sekolah dengan menaiki kereta.

                                                                                botol      helai



                                                                                  buah      papan



                                                                                  keping       biji


                                                                                        orang


             Pada petang itu, Hadif mengikut bapanya Encik Husin ke hospital.

             Mereka terus ke laluan farmasi pandu lalu. Terdapat dua ____ kereta
             sedang menunggu di hadapan mereka. Pemandu yang melalui kaunter
             itu menyerahkan se___ kertas kepada se___ pegawai perubatan.

               Apabila tiba giliran mereka, Encik Husin menyerahkan se___ slip

             ubatnya. Pegawai itu berpesan supaya se___ ubat yang mengandungi
             14 ___ tablet itu perlu dihabiskan dalam tempoh seminggu. Beliau juga
             memberikan se___ ubat cecair yang perlu diminum tiga kali sehari. Semua
             ubat itu diserahkan kepada Encik Husin. Selepas mengucapkan terima

             kasih, Encik Husin memandu keluar dari kaunter farmasi pandu lalu itu.


                   penjodoh
                   bilangan       buah    keping    orang    helai   papan     biji  botol
                                        ss        ss       ss      ss        ss    ss
                     kata
                     nama        kereta   _____    _____     _____   _____ _____ _____



                                         Munsyi Cilik
                                                                 Contoh: dua buah rumah
                                  Penjodoh bilangan ialah kata   “buah” dalam frasa
                                  nama yang menjadi pasangan     di atas ialah penjodoh
                                  kepada kata bilangan.          bilangan.


             Menggunakan penjodoh bilangan dengan betulnya dan melengkapkan
             Peta Titi dengan kata nama yang tepat.

                      Bimbing murid memahami dan       Strategi P&P: Pembelajaran Masteri  Peta i-Think
                                                                                     PAK21         27
                      menggunakan penjodoh bilangan                                    (Peta Titi)
               5.1.1                                   KBAT: Mengaplikasi
               (iv)   mengikut konteks tidak formal.
                                                       EMK: Nilai Murni - Hormat-menghormati
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38