Page 38 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 38

Menulis



           Encik Husin dan keluarganya bercuti di Pahang. Di sana, mereka
           menginap di sebuah inap desa.

            Cantik sungguh inap desa ini.
            Ramai kawan ayah telah                              Susun atur dapurnya
                                                                sangat kemas. Peralatan
            menginap di sini. Persekitarannya                   dapur disimpan di dalam
            yang nyaman dan bersih sentiasa                     kabinet bertutup.
            menjadi sebutan mereka.



                  Encik Husin

                                                                              Hajar



           Hajar, habuk dan debu
           akan mudah melekat pada                                       Kawasan persekitaran
           peralatan itu jika tidak                                      inap desa ini tiada sampah
           bertutup. Ingat anak-anak,                                    atau daun kering yang
           kita perlulah mengemas                                        bertaburan. Sekiranya
           dan membersihkan inap                                         terdapat sampah atau
           desa ini sebelum keluar.                                      daun kering, pasti
                                                                         mengundang haiwan
                                                                         pembawa penyakit.
                    Puan Nurul             Hadif


                                                   Bakul sampah disediakan         Nazri
                                                   di semua ruang di dalam
                                                   inap desa ini.


           1.  Apakah keistimewaan Inap Desa Dahlia?
           2. Mengapakah peralatan dapur disimpan di dalam kabinet bertutup?
           3. Mengapakah persekitaran yang kotor menjadi punca penyakit?
           4. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu kamu lakukan sebelum
               meninggalkan inap desa?
           5. Adakah bakul sampah sesuai diletakkan di semua ruang di dalam
               inap desa itu? Mengapa?



           Menghasilkan jawapan pemahaman.

          32              Bimbing murid menghasilkan jawapan  Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual
                          pemahaman berdasarkan soalan
                  3.2.2   bercapah secara kritis dan kreatif.  KBAT: Menilai
                                                         EMK: Nilai Murni - Bertanggungjawab
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43