Page 37 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 37

“Nampaknya kita perlu menyediakan beberapa bahan. Di belakang
            rumah saya ada banyak kotak. Daripada dibiarkan sahaja, lebih baik
            saya menggunakannya untuk projek kita. Dapat juga saya membersihkan

            kawasan itu”, kata Rakesh.
               “Jangan risau, Rakesh. Saya akan membantu kamu membersihkan kawasan
            itu. Di rumah saya pun ada beberapa utas jam tangan lama yang telah
            rosak. Nanti saya pilih cermin jam yang sesuai,” balas Amir teruja.

               Amir bertemu dengan Rakesh seperti yang dijanjikan. Dia membawa
            gunting, gam dan cermin bulat. Rakesh pula telah menyediakan pita pelekat.
            Mereka terus ke belakang rumah Rakesh untuk membersihkan kawasan itu.
            Mereka memilih beberapa kotak terbiar untuk menjalankan projek mereka.
               “Bagus, Amir. Mak cik bangga melihat kamu berdua bersungguh-sungguh
            membersihkan belakang rumah mak cik,” sapa Mak Cik Nithiya, ibu Rakesh.

               Amir membalas pujian Mak Cik Nithiya dengan senyuman. Dia dan Rakesh
            terus membawa kotak-kotak itu ke dalam bilik. Rakesh memasang video
            tentang projektor mini itu semula. Mereka tekun menonton sambil
            mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan.

                                      Akhirnya, siaplah projektor mini itu. Setelah semuanya
                                  selesai, Rakesh dan Amir mengemas bilik itu. Mereka
                                  menyapu dan membuang sisa-sisa kotak yang telah
                                  digunting.
                                                 Semasa hari pertandingan, ramai orang
                                             memuji projektor mini itu. Walaupun tidak sebaik
                                             projektor biasa, namun sudah cukup untuk

                                             dipilih sebagai juara.




















            Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

                      Bimbing murid membaca karya         Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
                      sastera dengan gaya penyampaian     KBAT: Mengaplikasi                       31
              2.3.2   yang sesuai.
                                                          EMK: Kreativiti dan Inovasi
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42