Page 84 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 84
T Tatabahasa
Dayang Rosni menghantar e-mel kepada Min Lee untuk bercerita tentang
seni ukiran yang ada di Sarawak.
Daripada : dayangrosni@ymel.com
Hantar
Kepada : minlee_1@ymel.com
Simpan
Perkara : Klirieng di Sarawak
Ke hadapan sahabatku, Min Lee, semoga berada dalam keadaan
sihat sejahtera.
Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang seni ___
klirieng di negeri Sarawak. Masyarakat tempatan perlu mengetahui seni
ukiran tangan ini demi memelihara kesenian tersebut.
Klirieng ialah tiang kayu yang digunakan oleh suku kaum di Sarawak.
Klirieng biasanya didirikan di kawasan kediaman ____ berada sahaja.
Kayu yang menjadi ____ ialah batang kayu pokok belian yang tidak
mudah reput akibat pengaruh cuaca dan _____ serangga perosak.
Batang pokok belian ditebang dan diukir dari atas ke bawah dengan
motif-motif ukiran yang mempunyai makna yang tertentu. Batu besar
berbentuk sfera dan leper diletakkan di ______ atas klirieng untuk
menstabilkannya. Terdapat klirieng yang mencecah ketinggian
sehingga 10 meter.
Fungsi klirieng berubah mengikut peredaran zaman. Keindahan ukiran
klirieng telah dijadikan mercu budaya Sarawak. Keunikan tersebut dapat
dijadikan produk _____dan landskap.
Sampai di sini sahaja _____saya kali ini. _____ salam saya untuk
keluarga kamu di sana. Saya ____surat saya dengan ucapan terima kasih.
pilihan golongan serangan akhiri Munsyi Cilik
coretan hiasan ukiran sampaikan Kata berimbuhan akhiran ialah
kata yang menerima imbuhan
bahagian jahitan hindari pada bahagian belakang kata
dasar seperti -an, -kan, -i.
Menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.
78 Bimbing murid mengenal pasti kata Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
5.2.1 imbuhan akhiran dan membina ayat. KBAT: Menganalisis
(ii) EMK: Nilai Murni - Semangat bermasyarakat

