Page 81 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 81

Menulis
                                         Tempok Orang Asli

            Hadif membaca maklumat tentang perhiasan Orang Asli daripada surat
            yang dikirimkan oleh pihak muzium.

             Muzium Seni Kraf Orang Asli,
             Jabatan Muzium Malaysia,
             Jalan Damansara,
             50566 Kuala Lumpur.
             Guru Besar,
             SK Seri Pertiwi,
             81200 Johor Bahru,
             Johor Darul Takzim.                                                   7 MEI 20      .
             Tuan
             Pengesahan Maklumat tentang Tempok Orang Asli

             Merujuk perkara di atas, pihak Muzium Seni Kraf Orang Asli ingin mengesahkan
             maklumat yang dikehendaki oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah tuan tentang
             tempok Orang Asli.

             2.    Untuk maklumat pihak tuan, Orang Asli merupakan penduduk pribumi yang
             tinggal di daerah pendalaman. Mereka mempunyai perhiasan yang istemewa.

             3.    Antara perhiasan yang tekenal termasuklah tempok. Tempok merupakan
             pehiasan yang digunakan di atas kepala. Tempok ini diperbuat daripada daun
             kelapa     daun nipah, kulit kayu terap, kulit kayu gaharu dan daun rumput. Tempok
             dihasilkan daripada seni anyaman. Orang Asli pandai meanyam pelbagai bentuk
             tempok mengikut suku tertentu      Mereka dapat menghasilkan tempok dalam
             tempuh masa sepuluh minit sahaja.

             4.    Diharapkan maklumat ini dapat memberikan pengetahuan kepada Persatuan
             Bahasa Melayu sekolah tuan. Semuga maklumat ini dapat menyemaikan perasaan
             cinta akan budaya negara kita.

             Sekian     terima kasih.

             Saya yang menjalankan tugas,
                        Asmawi

             (ASMAWI BIN MOHAMED YUNOS)
             Ketua Muzium Seni Kraf Orang Asli




            Mengedit dan memurnikan ayat dari aspek ejaan, tanda baca dan
            penggunaan imbuhan.

                     Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan,   Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai  75
                     tanda baca dan penggunaan imbuhan.
                                                               KBAT: Menganalisis
               3.3.2  Bimbing murid menulis petikan dengan ejaan yang
                     betul semula.                             EMK: Nilai Murni - Semangat bermasyarakat
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86