Page 80 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 80

Membaca

                                     Gerobok Pusaka Nenek
           Hadif dan kakaknya, Hajar, menolong neneknya mengemas rumah.
           Hadif mengelap gerobok lama sambil mendengar neneknya

           melagukan syair.


                Syair Gerobok Pusaka

           Gerobok pusaka tinggalan bangsa,
           Tetap kukuh sepanjang masa,
           Gunanya lama banyak berjasa,
           Dijaga elok rapi sentiasa.

           Hidangan disimpan pasti terjaga,
           Menyimpan barang perhiasan juga,
           Nampaknya unik berbunga jingga,

           Coraknya penuh tidak terhingga.
           Buatan tangan uniknya ukiran,

           Kayu dipilih jati dan belian,
           Tiada tandingan di luar pasaran,
           Harganya mahal cecah ribuan.

           Gerobok pusaka warisan negara,
           Janganlah lupa wahai saudara,
           Cinta akan seni moga membara,
           Agar khazanah tetap terpelihara.





                              Gaya penyampaian
                              yang betul berdasarkan
                              penghayatan, bahasa
                              tubuh dan penampilan.
           Jom Imbas









           Melagukan syair dan menyampaikannya dengan gaya yang sesuai.

                         Bimbing murid melagukan syair    Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
          74             dengan intonasi yang betul.
                   2.3.2  Bimbing murid mencari maksud syair.  KBAT: Mencipta
                                                          EMK: Nilai Murni - Patriotisme
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85