Page 28 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 28

4.1 Aktiviti Biro Akademik & Pendidikan
                      Biro  Akademik  dan  Pendidikan  telah  mengadakan  beberapa  aktiviti  untuk

                      mempertingkatkan  mutu  akademik  para  pelajar  sekolah  ini.  Biro  ini  mempunyai
                      peranan  penting  untuk  membantu  projek-projek  akademik  tambahan  yang  boleh
                      membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar SKTM. Sehubungan dengan itu, pihak

                      sekolah  bersama  Biro  Akademik  &  Pendidikan  telah  merancang  pelbagai  program
                      membina dan menarik, untuk para pelajar SKTM dan juga ibu bapa. PIBG sentiasa

                      memberi  sokongan  yang  padu  kepada  pihak  sekolah  dalam  menganjur  aktiviti
                      kecemerlangan pelajar samaada dari segi bantuan keewangan mahupun tenaga. Biro
                      ini juga berharap mendapat kerjasama yang lebih erat dan dapat dikekalkan diantara
                      PIBG dengan pihak sekolah demi kemajuan sekolah, masyarakat dan negara. Di antara
                      aktiviti yang dilaksanakan bersama pihak sekolah adalah seperti berikut :


                                 a)  Tahun 6
                                 b)  ASC Timetable
                                 c)  Transisi 2021
                                 d)  Tuntutan Guru Ganti

                Kerjasama  yang  erat  antara  ibu  bapa  dan  pihak  sekolah  telah  berjaya  menghasilkan
                pencapaian yang cemerlang dalam setiap aktiviti /program yang dianjurkan.


                   4.2 Aktiviti Biro Pembinaan dan Keceriaan Fizikal
                      Aktiviti  terbesar  Biro  Pembinaan  dan  Keceriaan  Fizikal  pada  tahun  ini  adalah
                      pembinaan tandas murid, di samping membaik pulih prasarana sekolah yang telah
                      uzur dan rosak di persekitaran sekolah demi keselesaaan dan keselamatan pelajar.
                      Biro ini juga membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum
                      dan kokurikulum untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Di antara projek yang
                      telah dilaksanakan oleh Biro Pembinaan dan Keceriaan Fizikal ialah:

                                 a)  Tandas Murid
                                 b)  Pusat Sumber Sekolah
                                 c)  Penyelenggaraan Dewan


                   4.3 Aktiviti Biro Kebajikan dan Keselamatan
                      Sepanjang sesi 2020/2021, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah menganjurkan
                      beberapa aktiviti. Antaranya ialah:

                                 a)  Sumbangan untuk murid ASNAF
                                 b)  Perkhidmatan RELA
                                 c)  Bantuan untuk keluarga yang terkesan daripada Covid 19
                                 d)  Alatan sanitasi




                                                              27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33