Page 29 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 29
4.4 Aktiviti Biro Kokurikulum dan Kebudayaan
Biro Kokurikulum dan Kebudayaan diberi tugas untuk menjalankan aktiviti bagi
peningkatan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah. PIBG berhasrat untuk menghasilkan
pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi berjaya dalam sukan
dan aktiviti kokurikulum. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah:
a) Merentas Desa
b) Sukan Tahunan 2020
4.5 Aktiviti Biro Penyelenggaraan & Pengurusan Fasiliti
Biro penyelenggaraan diberi tugas untuk menambahkan dana PIBG yang sedia ada bagi
menampung perbelanjaan aktiviti atau program sekolah. Sokongan daripada ibu bapa
melalui program-program yang dianjurkan amatlah menggalakkan. Antara sumbangan
dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 adalah seperti berikut:
a) Majlis Perkahwinan
b) Badminton
4.6 Aktiviti Sarana Ibu Bapa
PIBG ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi
sumbangan keewangan atau peralatan kepada pihak sekolah. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah seperti berikut:
a) Sumbangan Peribadi individu-individu dan Syarikat-syarikat
b) Bantuan ibu bapa membantu murid-murid dikantin sewaktu rehat
c) Sumbangan tikar sembahyang
5.0 PENUTUP
PIBG sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu pihak sekolah demi
meyediakan persekitaran paling selesa dan kondusif untuk semua murid. PIBG amat
mengharapkan murid-murid sekolah ini akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan
menunjukkan kelebihan yang mereka ada dalam pelbagai bidang seperti akademik dan
sukan, supaya nama sekolah ini akan harum gemilang dan terbilang.
PIBG juga mengharapkan bantuan dan sokongan yang berterusan daripada semua
ibu bapa dan penjaga demi meningkatkan kejayaan dan melonjakkan kecemerlangan
Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Taman Melawati.
Disediakan oleh
……………………………………………
(WAN HARIZAN BINTI WAN HUSSIN)
Setiausaha
PIBG SKTM Sesi 2020/2021
28

