Page 31 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 31

LAPORAN KEWANGAN

                                 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

                                                 SESI 2020/2021



              Punca utama kewangan PIBG bagi tahun 2020 adalah melalui kutipan sumbangan PIBG sebanyak

              RM80.00  bagi  setiap  keluarga.  Jumlah  RM80.00  bagi  setiap  keluarga  yang  diluluskan  oleh
              Mesyuarat  PIBG  ini  dirasakan  amat  berpatutan.  Ada  juga  ibu  bapa  yang  menyumbang  lebih

              daripada jumlah yang telah ditetapkan dan inisiatif seperti ini amat kami hargai dan alu-alukan.


              Namun  demikian, pihak  PIBG  amat  prihatin  terhadap  beberapa  murid  yang  datang  daripada

              keluarga  yang  kurang  berkemampuan  atau  anak  yatim.  Oleh  itu,  pihak  PIBG  akan
              mempertimbangkan kelonggaran kepada murid yang kurang berkemampuan. Selain itu pihak

              PIBG turut mendapat sumbangan Sri Sinar untuk pihak sekolah agihkan kepada murid-murid yang

              kurang berkemampuan.

              Bagi  sesi  persekolahan  2020  kutipan  sumbangan  PIBG  dan  penyelenggaraan  oleh  ibubapa
              berjumlah RM66,257.70 iaitu mewakili 800 buah keluarga daripada anggaran 931 buah keluarga

              kesemuanya. PIBG sangat berterima kasih kepada ibubapa yang sangat prihatin dan memahami

              fungsi PIBG di sekolah dengan menghulurkan sumbangan peribadi mereka untuk memastikan

              program-program  yang  telah  dirancang  dapat  dilaksanakan.  Ribuan  terima  kasih  diucapkan

              kepada ibu bapa yang terus menyokong dan memberi sumbangan kepada PIBG. Diharap pada

              tahun yang akan datang, lebih ramai ibu bapa yang akan terus memberikan sumbangan dan

              sokongan agar PIBG akan terus berjaya seperti tahun-tahun sebelum ini.


              Pihak sekolah dan PIBG juga turut melancarkan Tabung Keprihatinan PIBG/SKTM bagi membantu
              keluarga yang kurang berkemampuan dan keluarga yang terjejas dari segi sumber kewangan

              akibat  Covid-19.  Pihak  PIBG  telah  berjaya  mengutip  sebanyak  RM16,962.00  bagi  Tabung

              Keprihatinan PIBG/SKTM. Bantuan berbentuk wang dan barangan telah disumbangkan kepada

              keluarga  yang  terjejas  akibat  Perintah  Kawalan  Pergerakan  dan  keluarga  yang  tidak
              berkemampuan. Pihak sekolah dan PIBG sangat berterima kasih atas segala sumbangan.


              Secara keseluruhan, PIBG telah membelanjakan RM135,628.24 dalam menjayakan aktiviti yang

              dianjurkan pihak sekolah sepanjang tahun 2020. Dari segi pembahagian perbelanjaan antara biro,

              sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk melihat rumusan perbelanjaan.



                                                              30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36