Page 43 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 43
SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
1.0 PENDAHULUAN
Sehingga tarikh tutup mengemukakan Usul yang ditetapkanpada 4/10/2021, terdapat 15
borang usul yang dihantar kepada AJK PIBG untuk dipertimbangkan.
Setelah meneliti kesemua borang yang dikemukakan, AJK PIBG memutuskan usul-usul
berikut perlu dibahaskan dan lain-lain usul diterima dan dibincang di dalam Mesyuarat
agung sesi 2020/2021.
2.0 USUL YANG PERLU DIBAHASKAN
A. AKADEMIK
1. Nama Pengusul : Khalijah Bte Khalib
Nama Anak : Muhammad Zachery Farhan Bin Mohd Suhaizadh
Muhamad Harith Zafri (2 Wawasan)
➢ Akademik harus dinaik tarafkan, wujudkan kelas-kelas tambahan atau
bengkel pembelajaran, secara teknikal & teori. Contoh kelas-kelas
matematik, cara & teknik menjawab soalan, kelas bahasa inggeris & sains,
Agama islam.
Jawapan:
- Kesemua cadangan ada dalam perancangan dan takwim kurikulum tetapi
tertangguh ekoran penularan pandemik covid 19. Tumpuan utama sekarang
berfokus pada pelaksanaan pdpr mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Adalah lebih berkesan agar semua program akademik boleh diikuti dan
melibatkan semua murid secara bersemuka.
2. Nama Pengusul : Norasyikin Jamaluddin
Nama Anak : Nur Afeef Bin Nur Azim ( 3 Efektif)
➢ Saya ingin mengusulkan supaya pihak sekolah mengadakan sesi perjumpaan
antara guru-guru subjek dan ibu bapa/ penjaga bagi menbincangkan
prestasi akademik anak-anak.
Jawapan :
- Sesi persekolahan secara mod bersemuka akan dijalankan. Oleh itu sesi
perjumpaan bersama ibu bapa akan diadakan pada hari dan waktu yang
akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kelak, bergantung kepada keadaan
semasa pandemic Covid 19.
42

