Page 44 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 44
3. Nama Pengusul : Rina Arlissa Bt Mohd Affendi
Nama Anak : Jad Emran B Hasly 3 Dinamik
Jannah Arleia (1 Arif)
➢ Guru-guru perlu pastikan penyelarasan jadual waktu PDPR dan link GMEET selari
apabila mengemaskini GC dan pemberitahuan WhatApps.
Jawapan:
- Pihak sekolah akan kemaskini jadual waktu PDPR dan link GMEET dari semasa ke
semasa mengikut kesesuaian. Apa yang pihak sekolah lakukan adalah yang
terbaik untuk kepentingan bersama, dan jika terdapat kekurangan dari segi
penyampaian maklumat pihak sekolah akan memperbaiki dari semasa ke
semasa.
4. Nama Pengusul : Sharifah Noor Nazim
Nama Anak : Dalia Mohd Radzy
➢ Gunakan platform yang ditawarkan oleh Google sepenuhnya sewaktu Pdpr
seperti Google Classroom, Google Calendar dan sebagainya. Tidak perlu lagi
hantar tugasan melalui WhatApps dan telegram. Penghantaran tugasan melalui
platform-platform ini menyukarkan ibu bapa memantau tugasan anak-anak
kerana beribu-ribu mesej yang masuk.
Jawapan :
- Tidak semua murid tahu menggunakan aplikasi GC. Ada yang langsung tidak
menjawab tugasan yang diberi. Dalam pdpr, adalah digalakkan menggunakan
pelbagai medium seperti whatApps atau Telegram agar dapat membantu murid-
murid belajar. Tambahan pula, info yang dikongsi melalui kedua-dua medium itu
dapat membantu ibu bapa memantau aktiviti pdpr murid dan berkongsi info
terkini.
B. PEMBANGUNAN
1. Nama Pengusul : Mohamef Razif Bin Mohamed Hanafiah
Nama Anak : Muhammad Raeef Bin Mohamed Razif (1 Wawasan)
➢ Saya usulkan penyelesaian masalah beg berat bagi murid-murid. Untuk masalah
ini saya ingin usulkan setiap kelas disediakan almari besi bersaiz kecil untuk
murid-murid meletakkan buku teks bagi mata pelajaran asas supaya mereka
tidak perlu bawa datang dan pergi buku teks yang sama setiap hari. Almari boleh
dibeli dengan dikongsi oleh ibu bapa dan ia perlu dibeli sekali sahaja dan alamari
boleh dipakai sehingga bertahun-tahun.
Jawapan:
- Program sewa loker sudah diaplikasikan di sekolah bermula tahun 2020 lagi
untuk mengatasi masalah beg berat bagi murid-murid.
- Bagi ibu bapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak sekolah untuk
program ini.
43

