Page 47 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 47
E. MAKLUMAT DAN KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
1. Nama Pengusul : Julia Mohd Yusoff
Nama Anak : Muzammel (6 Dinamik) Muammar (5 Bijak)
➢ Untuk program vaksinasi, bolehkah jika di usulkan kepada KKM untuk memberi
1 dos vaksin-jenis cansino bio kepada anak2 kami. Sekian terima kasih.
Jawapan :
- Pemberian vaksin adalah diluar bidang kuasa pihak sekolah mahupun PIBG.
Hanya KKM sahaja yang berhak menentukan jenis vaksin yang hendak diberikan.
2. Nama Pengusul : Daleela
Nama Anak : Adam Ahmad (1 Efektif)
➢ Mengenai imunisasi untuk tahun 1, sila pihak sekolah bertindak lebih agresif
lagi supaya imunisasi ini dapat diberikan secepat mungkin. Untuk makluman,
sekolah lain walaupun berada di kawasan tinggi kes covid (area putrajaya)
semua telah mendapat suntikan pada bulan 4 tahun ini, pihak sekolah
tersebut telah bekerjasama dengan KKM & pihak sekolah tersebut
mengeluarkan surat supaya suntikan ini diambil di klinik kesihatan terdekat
bagi memudahkan kerja pihak sekolah itu. Malahan sekolah di kawasan
kampung seperti di Perak juga telah memberkan suntikan ini pada bulan
pertama sesi sekolah tahun ini. Diharap pihak sekolah SKTM mengambil serius
tentang hal ini untuk keselamatan dan kepentingan anak-anak tahun 1.
Jawapan :
- Pihak sekolah telah menghubungi PKD pada bulan September. Mereka
memaklumkan semua murid tahun 1 akan disuntik, tetapi buat masa ini pihak
PKD sibuk menguruskan program vaksinasi. Semua makluman akan diberitahu
nanti kepada pihak sekolah.
3. Nama Pengusul : Nazda Nazar
Nama Anak : RAYYAN ARYAN KUSUMA (5 CEKAL)
➢ Kalau boleh saya usulkan waktu habis kelas hari jumaat di awalkan kerana
pintu Masjid untuk solat jumaat di buka pukul 12.30pm.
Jawapan :
- Pihak sekolah akan menyusun jadual mod bersemuka yang terkini apabila satu
jam waktu kokurikulum pada hari Rabu tidak dimasukkan dalam jadual.
Perubahan juga tertakluk kepada jumlah minit setiap subjek mengikut
ketetapan KPM
46

