Page 112 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 112

PENGURUSAN SEKOLAH 2018                                       PENGURUSAN KOKURIKULUM



        UNIT KOKURIKULUM


        SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

           Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

             1.    Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
             2.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
             3.    Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
             4.    Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
             5.    Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
             6.    Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
             7.    Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
             8.    Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
             9.    Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
             10.   Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
             11.   Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
             12.   Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
             13.   Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

           Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum

             1.    Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
             2.    Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
             3.    Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
             4.    Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
             5.    Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
             6.    Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
             7.    Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
             8.    Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
             9.    Menerima  laporan  kegiatan  unit  kokurikulum  pada  akhir  tahun  daripada  setiausaha  kokurikulum,  penolong  setiausaha  kokurikulum  dan
                   penyelaras-penyelaras unit.
             10.   Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

           Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

             1.    Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
             2.    Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
             3.    Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
             4.    Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
             5.    Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
             6.    Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
             7.    Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
        8.
           Tanggungjawab Setiausaha Sukan

               1.   Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
               2.   Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
               3.   Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
               4.   Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
               5.   Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
               6.   Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
               7.   Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
               8.   Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
               9.   Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
               10.   Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
               11.   Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
               12.   Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
               13.   Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.








                                                          - 112 -
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117