Page 114 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 114

PENGURUSAN SEKOLAH 2018                                       PENGURUSAN KOKURIKULUM



                4.   Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
                5.   Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
                    i.    Carta Organisasi Rumah Sukan.
                    ii.    Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
                    iii.    Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
                    iv.    Perlembagaan Rumah Sukan.
                    v.    Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
                    vi.   Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
                    vii.   Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
                    viii.   Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan resitnya –  sekiranya ada membuat kutipan wang).
                    ix.   Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
                    x.    Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
                    xi.    Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi
                          tujuan pemberian markah kokurikulum).
                    xii.   Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
                    xiii.    Keputusan Kejohanan Olahraga.
                6.   Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
                7.    Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain berwarna yang sama atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
                8.    Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz lebih kurang sama dengan yang asal).
                9.   Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan nombor pesertanya.
                10.  Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penasihat Rumah
                    Sukan anda).
               11.   Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga
                12.  Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
                13.  Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau
                    pertandingan.
                14.  Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
                15   Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
                16   Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
                17   Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad bilangannya.
                18   Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

            Tanggungjawab Guru /Jurulatih Kelab Permainan
                1.   Menjalankan mesyuarat agung & membentuk jawatankuasa.
                2.   Merancang aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
                3.   Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
                4.   Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual & takwim ko-kurikulum sekolah.
                5.   Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas .
                6.   Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
                7.   Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
                8.   Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan yang disertai.
                9.   Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
                10.   Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
                11.   Menentukan peralatan dan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
                12.   Merancang aktiviti tahunan dengan S/U Sukan / Penyelaras Permainan .
                13.   Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil tindakan untuk mempertingkatkannya.
                14.   Melaporkan pencapaian cemerlang pemain / pasukan  dalam zon / negeri / negara .
                15.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.












                 Seorang  (sahabat)  bertanya  kepada  Nabi  saw,  ‘  Amal  perbuatan  apakah  yang  paling
                 disukai Allah?’ Baginda saw menjawab : “Amal yang kekal    ( dikerjakan ) walaupun
                 sedikit.”

                                                                                          ( Sahih Bukhari )





                                                          - 114 -
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119