Page 113 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 113

PENGURUSAN SEKOLAH 2018                                       PENGURUSAN KOKURIKULUM



           Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform

               1.   Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
               2.   Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
               3.   Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
               4.   Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
               5.   Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
               6.   Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
               7.   Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
               8.   Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
               9.   Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
               10.   Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
                         -  Borang penyertaan persatuan
                         -  Borang senarai AJK dan ahli
                         -   Buku laporan aktiviti
               11.    Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
               12.        Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

           Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform

               1.   Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
               2.   Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
               3.   Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
               4.   Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
               5.   Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
               6.   Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
               7.   Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
               8.   Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
               9.   Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
               10.   Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
               11.   Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
               12.   Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
               13.   Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
               14.   Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
               15.   Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
               16.   Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
               17.   Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
               18.   Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
               19.   Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
               20.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

           Tanggungjawab Guru Rumah Sukan

               1.   Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang melibatkan Rumah Sukan.
               2.   Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
               3.   Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
                    i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
                    ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.











                 Maksud  Firman  Allah  SWT  :  Wahai  orang-orang  yang  beriman  !  Mengapa  kamu
                memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya ! Amat besar kebenciannya di sisi
                Allah SWT – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu    tidak melakukannya”.
                                                                                  ( Surah As Saf 61 : 2 – 3 )







                                                          - 113 -
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118