Page 109 - BM tahun 4
P. 109
Menulis
Zara dan rakan-rakannya merujuk maklumat tentang pasport Malaysia.
Setiap warganegara Malaysia berhak untuk memohon dokumen
perjalanan sebelum ke luar negara. Dokumen ini dikenali
sebagai pasport Malaysia.
Pada pasport ini tertera nama negara Malaysia. Dokumen ini
penting bagi perjalanan yang sah untuk seseorang ke luar negara.
Pengguna perlu memperbaharu pasport setiap lima tahun sekali.
Bahagian dalam pasport ini mempunyai
maklumat pemilik seperti nama, warganegara,
tarikh lahir, tempat lahir, nombor pasport dan
nombor kad pengenalan. Selain itu, maklumat
tentang jantina, tinggi, tarikh pasport dikeluarkan,
tarikh tamat tempoh dan gambar turut dipamerkan.
Pasport Malaysia mempunyai pelbagai ciri
keselamatan. Antaranya termasuklah penggunaan
cip, alur keselamatan berwarna dan cahaya
ultraungu untuk mengesahkan ketulenannya.
Pasport ini penting dibawa bersama-sama semasa melancong
atau urusan kerja di luar negara. Pasport ini merupakan identiti
kita sebagai rakyat Malaysia.
Menulis ayat dalam perenggan yang diimlakkan.
Bimbing murid mengimlakkan ayat Strategi P&P: Belajar Cara Belajar 103
dalam perenggan. KBAT: Mengaplikasi
3.2.4
EMK: Nilai Murni - Patriotisme

