Page 170 - BM tahun 4
P. 170
T Tatabahasa
Zara sedang membaca kisah usahawan yang berjaya dari Sabah.
Encik Shah pengusaha rumpai
laut bumiputera. Sebagai Setiausaha
Persatuan Pengusaha Rumpai Laut,
di Semporna, Sabah, beliau juga
diberi tanggungjawab untuk membantu
penduduk yang berminat dalam
perusahaan ini.
tanggungjawab
Pada awalnya, beliau hanya mengusahakan
kawasan seluas sepuluh hektar dengan lima
orang kakitangan. Semua pekerjanya warganegara
Malaysia. Beliau berasa yakin untuk membesarkan
perusahaan tersebut setelah mendapat kerjasama
daripada Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA).
kakitangan
Produk rumpai laut keluarannya telah
berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau telah menandatangani perjanjian
untuk membekalkan rumpai laut ke negara
matahari terbit, iaitu Jepun. Kini, anaknya
secara sukarela telah mengikut jejak
langkahnya menceburkan diri dalam
bidang berkaitan rumpai laut.
tandatangan kerjasama
Menyenaraikan kata majmuk dan membina ayat.
Bimbing murid memahami dan menggunakan Strategi P&P: Pembelajaran Masteri
164 kata majmuk mantap mengikut konteks.
5.2.2 KBAT: Menganalisis
(ii) EMK: Kelestarian Global

