Page 172 - BM tahun 4
P. 172

Membaca
                                          Jangan Terpedaya

          Vishal, kawan Zara, sedang menyampaikan pidato di sudut pidato sekolahnya.

           Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang                  Wahailah rakyat Malaysia
           dihormati guru-guru dan rakan-rakan.                    Dengarkanlah ini seloka
                                                                   Banyak sudah telah berlaku
               Hari  ini,  saya  akan  berbicara  tentang          Zaman ini ramai penipu
           penipuan melalui panggilan dan mesej palsu.
           Bagaimanakah penipuan ini berlaku? Pemanggil            Buat panggilan minta wang
           akan memperkenalkan diri mereka sebagai                 Konon menyamar jadi pegawai
                                                                   Suruh balas tekan butang
           pegawai bank atau agensi penguatkuasaan.                Duit lesap simpanan melayang
           Mereka akan meminta mangsa memindahkan
           wang ke akaun tertentu.                                 Sesal dulu pendapatan
                                                                   Sesal kemudian tiada gunanya
           Hadirin yang saya hormati,
                                                                   Cekalkan hati teguhkan iman
               Pemilik  akaun  akan  terpedaya  lalu               Minta petunjuk yang Maha Esa
           memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun                Akhir kalam buat semua
           pihak yang tidak dikenali. Keadaan ini akan             Hidup perlulah bijaksana
           menyebabkan mangsa kerugian. Oleh itu, kita             Jangan mudah terpedaya
           perlulah berwaspada. Fikirlah dahulu sebelum            Pujuk rayu di alam siber
           bertindak.
               Sebagai penyimpan yang bijak, kita perlu mengetahui bahawa Bank
           Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat
           kewangan kita. Bank Negara Malaysia juga tidak pernah meminta sesiapa pun
           memindahkan wang ke dalam akaun pihak lain. Selain itu, Bank Negara
           Malaysia tidak menyimpan wang orang ramai dalam mana-mana akaun.

               Jika ada sebarang keraguan, kita boleh menghubungi Bank
           Negara Malaysia melalui Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan
           di talian 1-300-88-5465 atau e-mel:bnmtelelink@bnm.gov.my.
           Semoga  kita  tidak  menjadi  mangsa  penipuan.  Saya  akhiri
           pidato saya pada pagi ini dengan seloka bertajuk “ Jangan Terpedaya.”

           Sekian, terima kasih.





                                   Jom Imbas




           Membaca teks pidato dengan gaya penyampaian yang sesuai.

         166             Bimbing murid membaca karya sastera   Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
                         dan karya bukan sastera dengan gaya   KBAT: Mengaplikasi
                  2.3.2  penyampaian yang sesuai.
                                                         EMK: Kewangan
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177