Page 174 - BM tahun 4
P. 174

T      Tatabahasa
                                         Bantu Ibu Berjimat

           Puan Salma sedang berbual dengan anaknya, Alif.
           Puan Salma menanya-nanyakan anaknya tentang barang keperluan yang
           ingin dibeli. Puan Salma berhasrat untuk membeli barang keperluan harian.

           Alif menolong ibunya menulis senarai barang yang ingin dibeli seperti
           sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Senarai barangan yang
           ditulis akan memudahkan ibunya  membeli tanpa perlu teragak-agak.
               Puan Salma ke ruang tamu lalu membelek-belek beberapa naskhah
           surat khabar. Beliau mencari iklan jualan murah. Beliau tertarik akan buah
           rambutan yang kemerah-merahan dan berhasrat untuk membelinya.

           Puan Salma menggeleng-geleng kepala melihat iklan tersebut. Rupa-rupanya,
           harga barang semakin naik. Beliau perlu merancang perbelanjaan agar
           dapat berjimat-jimat.
               Alif pula membanding-bandingkan harga tawaran jualan murah dalam

           talian. Beliau susah memilih harga jualan yang murah kerana banyak
           pasar raya mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Mudah-mudahan
           usahanya itu dapat membantu ibunya. Alif masih ingat akan pesanan guru
           kelasnya agar bertolong-tolongan sesama anggota keluarga.












                               ulam-ulaman
                                                  bertolong-tolongan
           sayur-sayuran                                                    kemerah-merahan

                                                               Munsyi Cilik
                                                         Kata ganda separa berimbuhan akhiran ialah
                                                         kata ganda yang menerima imbuhan akhiran.
                                                         Contoh: kenang-kenangan, doa-doakan,
                                                         tinggal-tinggalkan
                                                         Kata ganda separa berimbuhan apitan ialah
                                                         kata ganda yang menerima imbuhan apitan.
                                                         Contoh: bersalam-salaman, membisik-bisikkan,
                                                         ditinggal-tinggalkan
           Mengenal pasti dan membina ayat menggunakan kata ganda separa
           mengikut konteks.

                         Bimbing murid memahami dan       Strategi P&P: Pembelajaran Masteri
         168             menggunakan kata ganda separa
                  5.2.3  mengikut konteks.                KBAT: Menganalisis
                   (ii)                                   EMK: Pendidikan Kewangan
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179