Page 181 - BM tahun 4
P. 181
Membaca
Zara dan Dina duduk di pondok bacaan sekolah. Mereka berdua
membaca kisah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan
mahasiswi cemerlang di sebuah universiti.
Devika merupakan mahasiswi cacat penglihatan di sebuah
universiti. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama
Sarah. Mereka mula berkawan baik sejak hari pertama
mendaftar di situ. Sejak hari itu, Sarah selalu membantu
Devika dengan ikhlasnya.
Setiap hari, Sarah akan memimpin Devika ke kelas.
Dia akan memastikan Devika dapat belajar dengan
selesanya. Devika bersyukur kerana mempunyai rakan
yang bertanggungjawab seperti Sarah.
Di universiti, Devika merupakan mahasiswi
yang cemerlang. Dia selalu membantu
Sarah dalam pelajaran. Dia juga
menasihati Sarah supaya terus gigih
untuk berjaya. Setiap kali peperiksaan,
mereka akan bersama-sama mengulang
kaji pelajaran di perpustakaan.
Akhirnya, atas berkat kesungguhan,
Devika dan Sarah telah menerima anugerah
cemerlang. Mereka berpegang pada peribahasa,
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Bagaimanakah cara untuk membantu
rakan yang kurang upaya?
Menceritakan petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.
Bimbing murid menceritakan petikan Strategi P&P: Belajar Cara Belajar 175
dengan sebutan yang betul dan KBAT: Mengaplikasi
2.1.1 intonasi yang sesuai.
EMK: Nilai Murni - Baik hati

