Page 183 - BM tahun 4
P. 183
Seni Bahasa
Zara berhasrat untuk menyertai
pertandingan mengarang pantun
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dia telah berjumpa dengan Cikgu Wani
untuk mendapatkan tunjuk ajar.
Situasi 1
Zara: Selamat pagi, cikgu. Maafkan saya
kerana mengganggu.
Cikgu Wani: Selamat pagi, Zara. Ada apa-apa yang
boleh cikgu bantu?
Zara: Cikgu, saya ada hati untuk menyertai pertandingan menulis
pantun kanak-kanak. Saya memerlukan pertolongan cikgu
untuk menyemak bekas tangan saya ini.
Cikgu Wani: Tahniah, kamu berjaya menghasilkan pantun! Pantun ialah
warisan bangsa yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas. Zara, cikgu ada kelas sekarang. Sebelum balik,
kamu datang ke bilik guru.
Situasi 2
Sebelum mula menulis Zara telah...
Pantun
Melayu
Mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa.
Bimbing murid bercerita dan mengujarkan Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai 177
dialog yang mengandungi peribahasa. KBAT: Mengaplikasi
4.1.1
EMK: Nilai Murni - Kejujuran

