Page 182 - BM tahun 4
P. 182

Menulis



           Sekolah Zara mengadakan pertandingan menulis cerita pendek dalam
           tulisan berangkai. Zara menulis cerita tentang pekerjaan posmen.

            Encik Nor Lisman seorang posmen. Beliau amat bertanggungjawab
            terhadap tugasnya. Setiap hari, Encik Nor Lisman akan memastikan
            semua surat siap dihantar ke lokasinya. Begitulah tugasnya pada

            setiap hari.
               Pada suatu hari, seperti biasa beliau telah ditugaskan untuk
            menghantar surat berdaftar. Semasa dalam perjalanan, beliau
            kemalangan. Dalam keadaan sakit, beliau telah membuka peti
             motosikal dan menyelamatkan surat-surat yang dibawanya.
                Apabila ambulans tiba, beliau tetap tidak melepaskan surat-surat
             tersebut sehinggalah beliau tidak sedarkan diri. Keesokannya, beliau
             sedar. Beliau terus mencari surat-suratnya walaupun dalam keadaan

             lemah. Beliau berasa panik kerana surat-surat tersebut tiada.
                Tanpa dijangka, beliau diziarahi oleh ketuanya. Ketuanya memuji
             Encik Nor Lisman. Sebenarnya, surat-surat itu telah pun dihantar. Sikap
             amanah Encik Nor Lisman telah disiarkan dalam akhbar. Beliau telah
              menerima ucapan penghargaan dan sejambak bunga daripada


              Perdana Menteri.


           Berdasarkan kisah tersebut, orang yang

           melaksanakan tanggungjawabnya dengan

           bersungguh-sungguh akan sentiasa dihargai.

           Sikap bertanggungjawab menjadikan

           seseorang manusia dihormati dan disegani.

           Sikap sebegini perlu ada pada setiap warga.








           Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai.

         176              Bimbing murid untuk menulis ayat   Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
                          secara mekanis menggunakan     KBAT: Mengaplikasi
                   3.1.1  tulisan berangkai.
                                                         EMK: Nilai Murni - Bertanggungjawab
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187