Page 84 - BM tahun 4
P. 84

T     Tatabahasa



            Dayang Rosni menghantar e-mel kepada Min Lee untuk bercerita tentang
            seni ukiran yang ada di Sarawak.


            Daripada : dayangrosni@ymel.com
                                                                                    Hantar
              Kepada : minlee_1@ymel.com
                                                                                    Simpan
              Perkara : Klirieng di Sarawak


           Ke hadapan sahabatku, Min Lee, semoga berada dalam keadaan
           sihat sejahtera.

                 Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang seni ___
           klirieng di negeri Sarawak. Masyarakat tempatan perlu mengetahui seni
           ukiran tangan ini demi memelihara kesenian tersebut.
                 Klirieng ialah tiang kayu yang digunakan oleh suku kaum di Sarawak.
           Klirieng biasanya didirikan di kawasan kediaman ____ berada sahaja.
           Kayu yang menjadi ____ ialah batang kayu pokok belian yang tidak

           mudah reput akibat pengaruh cuaca dan _____ serangga perosak.
              Batang pokok belian ditebang dan diukir dari atas ke bawah dengan
           motif-motif ukiran yang mempunyai makna yang tertentu. Batu besar
           berbentuk sfera dan leper diletakkan di ______ atas klirieng untuk
           menstabilkannya. Terdapat klirieng yang mencecah ketinggian
           sehingga 10 meter.

                 Fungsi klirieng berubah mengikut peredaran zaman. Keindahan ukiran
           klirieng telah dijadikan mercu budaya Sarawak. Keunikan tersebut dapat
           dijadikan produk _____dan landskap.
               Sampai di sini sahaja _____saya kali ini. _____ salam saya untuk
           keluarga kamu di sana. Saya ____surat saya dengan ucapan terima kasih.


                    pilihan    golongan serangan           akhiri            Munsyi Cilik


               coretan    hiasan     ukiran     sampaikan              Kata berimbuhan akhiran ialah
                                                                       kata yang menerima imbuhan
                               bahagian       jahitan hindari          pada bahagian belakang kata
                                                                       dasar seperti -an, -kan, -i.

           Menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.

          78              Bimbing murid mengenal pasti kata   Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
                   5.2.1  imbuhan akhiran dan membina ayat.  KBAT: Menganalisis
                   (ii)                                  EMK: Nilai Murni - Semangat bermasyarakat
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89