Page 86 - BM tahun 4
P. 86

Membaca




           Hadif dan rakan-rakannya menghadiri Hari Kraf Kebangsaan.
           Di situ, mereka membaca maklumat berita di reruai seni tekat.


           KUALA LUMPUR, 9 Mei - Puan Azizah binti Mohamad Yusof telah dianugerahi
           Tokoh Kraf Negara 2018 bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan.
           Beliau yang berumur 80 tahun merupakan pengusaha kraf tangan tekat
           benang emas.

                   Beliau  diberi  pengiktirafan  atas  usahanya  memartabatkan  industri
           seni tekat benang emas. Pelbagai pengiktirafan telah diterima di peringkat
           kebangsaan dan negeri. Selain itu, beliau turut menerima pelbagai anugerah
           seperti Anugerah Tokoh Usahawan Wanita, Darjah Ahli Mangku Negara

           (AMN), Anugerah Karyawan Kraf, Anugerah Usahawan Jaya Parlimen
           Kuala Kangsar, Anugerah Yayasan Kesenian Negeri Perak dan Adiguru
           Kraf Tekatan.
                Beliau mula mendalami kemahiran seni tekat sejak di bangku
           sekolah. Seni tekat ini menjadi warisan turun-temurun daripada

           nenek dan ibunya. Selepas tamat persekolahan, beliau
           menumpukan sepenuh masa mempelajari
           kemahiran seni tekat. Beliau mula menyiapkan
           tempahan ketika berumur 16 tahun.

              Antara produk sulaman tekat yang dihasilkan
           termasuklah hiasan pelamin, set bilik tidur dan pakaian.
           Kehalusan kerja tangan beliau sering mendapat
           perhatian pihak istana. Puan Azizah masih menerima
           tempahan tekat benang emas
           menggunakan tangan bagi
           mengekalkan keaslian seni
           tekat tradisional.

           (Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)






           Membaca teks dengan gaya dan intonasi yang betul.

                         Bimbing murid membaca teks     Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
          80             dengan sebutan dan intonasi
                  2.3.2  yang sesuai.                   KBAT: Mengaplikasi
                                                        EMK: Nilai Murni - Patriotisme
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91