Page 89 - BM tahun 4
P. 89

T      Tatabahasa




            Hadif dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan abang sepupu
            mereka. Di sana, dia melihat hantaran yang cantik di atas pahar.



                           Pahar ialah dulang yang digunakan untuk meletakkan
                           barang hantaran bagi majlis perkahwinan dan
                           pertunangan. Pahar diperbuat daripada tembaga.




                                       Corak-corak pada pahar masih mengekalkan ukiran
                                       tradisional. Ukiran tersebut masih digunakan dalam
                                       seni tempa pahar sehingga kini.





                                                          Warna pahar tembaga seakan-akan
                                                          keemasan. Terdapat dua jenis pahar,
                                                          iaitu pahar leper dan pahar berkaki.
                                                          Kebiasaannya, pahar dialas dengan
                                                          kain bersulam supaya kelihatan

                                                          lebih menarik.





                                                 Pahar tembaga agak berat dan tahan
                                                 lasak. Terdapat pahar tembaga yang
                                                 beratnya  dianggarkan  mencecah
                                                 tiga kilogram.




                                                  Munsyi Cilik
                                            Kata berimbuhan apitan ialah kata yang menerima imbuhan
                                            pada bahagian hadapan dan belakang kata dasar.
                                            Contoh: ke-…-an-, per-…-an, di-…-kan, men-…-kan



            Menyenaraikan dan membina ayat daripada kata berimbuhan apitan.

                     Bimbing murid membina ayat          Strategi P&P: Pembelajaran Konstruktivisme  83
                     menggunakan kata berimbuhan         KBAT: Mengaplikasi
               5.2.1
               (iii)  apitan.                             EMK: Nilai Murni - Semangat bermasyarakat
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94