Page 120 - BUKU TEKS SK T5
P. 120

AKTIVITI 6              Kerja Individu
                                          Menggunakan Fungsi Agregat
                  Tulis arahan SQL bagi setiap pernyataan yang berikut.

                  1  Dapatkan jumlah produk yang terdapat dalam pangkalan data.
                  2  Berapakah kuantiti meja makan yang terdapat dalam stok?
                  3  Dapatkan nilai minimum, nilai maksimum dan nilai purata harga kerusi.
                  4  Dapatkan jumlah produk yang diperbuat daripada setiap jenis kayu.
                  5  Dapatkan jumlah produk yang diperbuat daripada setiap jenis kayu. Paparkan jumlah produk yang
                     melebihi 1.
                  6  Dapatkan kuantiti kerusi yang terdapat dalam stok.
                  7  Berapakah harga purata meja komputer?
                  8  Berapakah jumlah kuantiti meja komputer?

                  Gunakan maklumat dalam jadual yang ditunjukkan.
                  PRODUK
                       NoProduk          Nama             Harga           Kuantiti        JenisKayu
                         P01            MEJA KOPI          200              100             GETAH
                         P02         MEJA KOMPUTER         375             1000             LAPIS
                         P03           MEJA MAKAN          800              500              JATI

                         P04         MEJA KOMPUTER         500              500            NYATUH
                         P05          MEJA SEKOLAH         100             2000             GETAH
                         P06             KERUSI            60              1000             GETAH
                         P07             KERUSI            100              500              JATI
                         P08             KERUSI            110              500            NYATUH
                         P09           MEJA MAKAN          300              200             GETAH
                         P10         MEJA KOMPUTER         120             1000             GETAH






                  2.1.7  Membina Pangkalan Data Hubungan dengan

                         Menggunakan SQL untuk Menyelesaikan Masalah


                 MySQL ialah perisian sumber terbuka pengurusan pangkalan data yang membolehkan pengguna
                 menyimpan, menyusun dan mendapatkan data semula. Perisian ini amat popular kerana perisian ini
                 mudah digunakan, berprestasi tinggi dan boleh dipercayai. Andaikan anda ingin membina pangkalan
                 data untuk mengurus rekod sukan sekolah, Jadual 2.1.18 ialah borang yang digunakan untuk
                 mendapatkan maklumat berkenaan dengan peserta, acara sukan dan pingat yang dimenangi mengikut
                 kategori masing-masing.



                 112   Sains Komputer Tingkatan 5
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125