Page 124 - BUKU TEKS SK T5
P. 124
Rajah 2.1.80 Rekod jadual PESERTA
AplikAsi
HAriAn
Paparan output dalam Rajah 2.1.80 menunjukkan kesemua rekod yang
MySQL digunakan telah berjaya dimasukkan ke dalam jadual PESERTA.
oleh organisasi
terbesar antarabangsa Setelah berjaya mencipta pangkalan data rekod sukan yang mengandungi
seperti Facebook, maklumat peserta, acara dan pingat, anda boleh memanipulasikan data
Google dan Adobe. dengan menggunakan pernyataan SQL yang telah dibincangkan.
Sumber:
https://www.mysql.
com
AKTIVITI 7 Kerja kumpulan
Membina Pangkalan Data Menggunakan My SQL
Buat pemerhatian di kawasan persekitaran sekolah anda. Berbincanglah bersama-sama dengan
ahli kumpulan anda untuk menentukan sistem pangkalan data yang dapat dibangunkan daripada
persekitaran sekolah anda.
Anda boleh mempertimbangkan situasi yang berikut:
1 Makmal – mengurus maklumat makmal
2 Hari Sukan – mengurus maklumat hari sukan
3 Perpustakaan – mengurus maklumat pinjaman buku
4 Koperasi sekolah – mengurus maklumat stok koperasi
5 Badan beruniform – mengurus maklumat murid dalam setiap badan beruniform
Tugas anda dan ahli kumpulan anda adalah untuk membina pangkalan data dengan menggunakan
MySQL bagi salah satu situasi daripada 1 hingga 5 atau situasi yang telah anda kenal pasti.
116 Sains Komputer Tingkatan 5

