Page 122 - BUKU TEKS SK T5
P. 122

Berdasarkan  Jadual  2.1.17,  kewujudan  kebergantungan  transitif  dikenal  pasti.  Hasil  daripada
                 penelitian tersebut, terdapat kebergantungan antara atribut bukan kunci, iaitu Kategori dan Kelas.
                 Kategori bergantung pada kelas yang menentukan umur murid sama ada di bawah 18 tahun ataupun
                 di bawah 15 tahun. Jadual 2.1.18 menunjukkan jadual dalam bentuk 3NF.


                                        Jadual 2.1.18  Jadual rekod sukan sekolah dalam bentuk 3NF
                 PESERTA
                    IDPeserta    NamaPeserta      Jantina    RumahSukan    Kategori
                 KEDUDUKAN
                     IDPeserta     NoAcara    Pingat

                 ACARA
                   NoAcara    NamaAcara

                 KATEGORI_PESERTA
                     Kategori       Kelas


                 Setelah skema hubungan ternormal terbentuk, anda boleh mula membina pangkalan data dengan
                 menggunakan My SQL yang terdapat dalam phpMyAdmin. Langkah-langkahnya telah disenaraikan
                 seperti yang berikut:

                 1  Cipta pangkalan data seperti dalam Rajah 2.1.76.



                                                 1





                                                 2                                        3


                                       4





                                             Rajah 2.1.76  Mencipta pangkalan data sukan


                 Penerangan:
                  1   Klik pada tab Databases.
                  2 Berikan nama pangkalan data yang anda inginkan. Contoh: sukan.

                  3 Klik butang Create.

                  4 Pangkalan data sukan telah berjaya dicipta.



                 114   Sains Komputer Tingkatan 5
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127