Page 133 - BUKU TEKS SK T5
P. 133

Malaysiaku!


                              Rajah 3.1.1(b)  Contoh output berdasarkan Rajah 3.1.1(a)  Malaysia Website
                                                                                      Awards 2016 (MWA)
                     Semua elemen HTML mengandungi atribut.  Atribut mengandungi      ialah satu program
                  maklumat tambahan bagi setiap elemen HTML dan biasanya ditempatkan   anugerah berprestij
                  di start tag. Terdapat dua bahagian atribut:                        yang mengiktiraf
                                                                                      kecemerlangan
                  •  Atribut nama                   •  Atribut nilai                  persembahan, bakat
                                                                                      dan usaha para pereka
                  Rajah 3.1.2 menunjukkan contoh atribut nama dan atribut nilai.      web, pembangun web
                                                                                      serta agensi yang
                                                                                      berkaitan dengan web
                    Atribut Nama        Atribut Nilai                                 di dalam negara ini.
                                                                                      Sumber:
                   <a href="www.google.com">Ini adalah contoh pautan</a>              www.mwa.my/2016/


                                 Rajah 3.1.2  Contoh atribut nama dan atribut nilai

                  Pengenalan kepada CSS

                  Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan
                  yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML. CSS membenarkan
                  perubahan kepada gaya sesuatu halaman web dan menerangkan           Bahasa penskripan
                  persembahan bagi sesuatu dokumen HTML. Rajah 3.1.3 menunjukkan      klien
                                                                                      goo.gl/0xKutg
                  contoh penggunaan HTML dan tanpa CSS. Rajah 3.1.4 pula menunjukkan
                  contoh penggunaan HTML dengan CSS.



                                                 Contoh tanpa CSS dalam HTML


                    <html>
                      <head>
                        <title>Penggunaan CSS</title>
                      </head>

                      <body>
                         <h1>Laman Web Sekolah</h1>
                      </body>
                    </html>



                                             Rajah 3.1.3  Contoh HTML tanpa CSS dan output

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 125
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138