Page 134 - BUKU TEKS SK T5
P. 134
\Contoh CSS dalam HTML
<html>
<head>
<title>Penggunaan CSS</title>
<style>
h1
{
color:blue;
}
</style>
</head>
<body>
<h1>Laman Web Sekolah</h1>
</body>
</html>
Rajah 3.1.4 Contoh HTML dengan CSS dan output
Pengenalan kepada JavaScript
Adakah anda tahu bahasa yang digunakan bagi klien untuk berinteraksi
dengan laman web? Interaksi merujuk permohonan untuk mendapatkan
sesuatu maklumat daripada laman web. Bahasa pengaturcaraan akan
memproses sebarang permohonan (request) klien melalui suatu laman web.
Bahasa yang digunakan dikenali sebagai bahasa penskripan. Antara
bahasa penskripan yang selalu digunakan ialah JavaScript, PHP dan ASP.
JavaScript menyediakan keupayaan pengaturcaraan untuk memproses
sesuatu tugas berdasarkan permohonan yang diterima daripada klien.
Kod JavaScript akan ditulis bersama-sama dalam kod HTML. Jika
HTML tidak mempunyai sebarang skrip yang ditulis di dalamnya, browser
akan menghasilkan laman web berdasarkan kod HTML tersebut.
Kod JavaScript ditulis di antara tag ‘<script>’ dengan
‘</script>’ seperti yang terdapat pada tag dalam HTML pada
Tahukah Rajah 3.1.5.
Anda
<script>
document.write("Selamat Datang");
Java ialah bahasa
pengaturcaraan </script>
berorientasikan
objek manakala Rajah 3.1.5 Tag JavaScript
JavaScript ialah
bahasa penskripan
berorientasikan objek. Terdapat dua cara kod JavaScript ditulis dalam HTML:
Sumber: 1 Explicit embedding
https://www.java. 2 Implicit embedding
com/en/download/
faq/java_javascript.
xml
126 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

