Page 137 - BUKU TEKS SK T5
P. 137

Bahasa Penskripan
                  Secara umumnya terdapat dua jenis laman web, iaitu laman web statik
                  dan laman web dinamik. Laman web yang direka menggunakan Hypertext   Tahukah
                  Markup Language (HTML) sahaja ialah laman web yang bersifat statik     Anda
                  iaitu  kandungan  paparan  pada  setiap  halaman  mengikut  tag  HTML
                  yang digunakan. Laman web dinamik pula ialah laman web yang direka   Tugas-tugas lain yang
                  menggunakan penskripan pelayan seperti ASP atau PHP yang memberi    boleh dilaksanakan
                  keupayaan kepada pemilik laman web untuk mengemas kini kandungan    oleh bahasa
                  laman web dengan mudah. Jadual 3.1.1 menunjukkan perbezaan antara   penskripan klien:
                                                                                      • Memohon pelayar
                  laman web statik dengan laman web dinamik.                           memaparkan
                                                                                       maklumat.
                                                                                      • Mengganti atau
                        Jadual 3.1.1  Perbezaan antara laman web statik dengan laman web dinamik
                                                                                       mengemaskini
                           Laman web statik              Laman web dinamik             sebahagian daripada
                                                                                       laman web.
                    Kandungan paparan mengikut tag   Kandungan paparan boleh dipanggil dari   • Mengubah stail dan
                    HTML yang digunakan           pangkalan data atau mengikut tindakan   kedudukan elemen
                                                  pengguna                             yang dipaparkan
                                                                                       secara dinamik.
                    Dibina menggunakan HTML sahaja  Dibina menggunakan penskripan pelayan  • Memeriksa input
                                                                                       daripada pengguna.
                    Contoh: laman web yang memaparkan   Contoh: Aktiviti akan datang yang
                    latar belakang organisasi     dipaparkan di laman utama laman web
                                                  yang berubah mengikut tarikh kalendar

                     Konsep penskripan web digunakan secara meluas dalam pembangunan
                  web. Penskripan ialah sebahagian kecil program yang dilaksanakan
                  berdasarkan interaksi pengguna dengan laman web. Penskripan ini
                  ditempatkan di dua bahagian iaitu penskripan klien di sebelah pelanggan
                  dan penskripan pelayan di sebelah pelayan. Penskripan pelayan bekerja   Penggunaan bahasa
                  di bahagian belakang pembangunan web dan dilaksanakan oleh pelayan   penskripan klien dan
                  web,  manakala  penskripan  klien  pula  bekerja  di  bahagian  hadapan   penskripan pelayan
                  pembangunan  web  dan  dilaksanakan  oleh  pelayar  web.  Rajah  3.1.9   goo.gl/Tu3pXe
                  menunjukkan pelaksanaan penskripan klien dan penskripan pelayan.


                                Pelaksanaan penskripan klien                    Pelaksanaan penskripan pelayan
                                                                                                    Pelayan
                                                             Pelayar web
                                 http://www.contoh.com                                  2
                                1                                                                     3
                                                                                        4

                                         5

                       Pengguna                                                                 Pangkalan data
                       Komputer
                                                       HTML      CSS    JavaScript

                                       Rajah 3.1.9  Pelaksanaan penskripan klien dan penskripan pelayan

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 129
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142