Page 71 - BUKU TEKS SK T5
P. 71
Hubungan ialah penyatuan antara entiti. Dalam sebuah ERD, terdapat
banyak entiti yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Oleh MalaysiakU!
sebab itu, hubungan digunakan untuk menyatukan satu atau lebih entiti
yang terdapat dalam ERD. Hubungan menunjukkan bagaimana dua entiti Pada 26 Oktober 2016,
berkongsi maklumat dalam pangkalan data. Hubungan dilabelkan dengan Perdana Menteri Dato’
kata kerja. Contoh: mengajar, mendaftar dan menginap. Sri Najib Tun Razak
menggesa penggiat
Seorang GURU mengajarkan sekurang-kurangnya satu MATAPELAJARAN. sektor digital tempatan
Hubungan diwakilkan dalam bentuk permata seperti dalam Rajah 2.1.4. agar bekerjasama
dengan komuniti
teknologi global kerana
Malaysia akan meraih
manfaat yang besar jika
guru mengajar mataPELajaran potensi ekonomi digital
dieksploitasi dengan
sepenuhnya. Kerajaan
mengumumkan bahawa
2017 merupakan Tahun
Ekonomi Internet
Malaysia.
hubungan
Rajah 2.1.4 Hubungan
Kunci primer ialah atribut unik yang membezakan rekod dalam sebuah
pangkalan data. Setiap entiti hanya mempunyai satu kunci primer sahaja.
Contoh kunci primer untuk entiti MURID ialah NoKadPengenalan dan kunci
primer untuk entiti GURU ialah NoKakitangan.
NoKadPengenalan bersifat unik kerana seorang murid hanya mempunyai ER Model
satu NoKadPengenalan dan nombornya berbeza dengan murid yang lain. goo.gl/9G641p
Tidak ada murid yang mempunyai NoKadPengenalan yang sama. Dalam
ERD, kunci primer hendaklah digariskan.
Kekardinalan menunjukkan hubungan dari segi kuantiti data antara
suatu entiti dengan entiti yang lain. Terdapat dua jenis kekardinalan, iaitu:
• Kekardinalan Minimum
Minimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain. Contoh: Katakan Cardinality
terdapat dua entiti, iaitu GURU dan MATAPELAJARAN. Seorang GURU goo.gl/qaVHPB
mengajar sekurang-kurangnya satu MATAPELAJARAN. Maka kekardinalan
minimum ialah satu kerana seorang guru mesti mengajar sekurang-
kurangnya satu mata pelajaran. Tidak ada guru yang tidak akan mengajar.
• Kekardinalan Maksimum
Maksimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain. Contoh: Satu
MATAPELAJARAN boleh diajar oleh seorang GURU atau lebih. Seorang
guru boleh mengajar maksimum lebih dari satu mata pelajaran. Maka
kerkardinalan maksimum adalah banyak.
BAB 2 Pangkalan Data Lanjutan 63

