Page 74 - BUKU TEKS SK T5
P. 74
Tahukah • PINJAMAN ialah keadaan berlakunya proses meminjam. Atribut
PINJAMAN ialah NoPinjaman, TarikhPinjam dan TarikhPulang.
Anda
• PEMBEKAL ialah individu atau syarikat pembekal barangan sukan.
Apakah kunci primer? Atribut PEMBEKAL ialah NoPembekal, NamaPembekal dan Alamat
Mari kita imbas (terdiri daripada NamaJalan, Bandar, Poskod dan Negeri).
kembali pembelajaran
kita mengenai kunci Hubungan dan kekardinalan antara entiti adalah seperti yang berikut:
primer ketika di • Setiap barangan sukan boleh dipinjam oleh seorang murid pada satu
Tingkatan 4. Kunci
primer ialah atribut masa. Setiap murid boleh meminjam satu atau lebih barangan sukan.
atau gabungan • Seorang murid boleh membuat satu pinjaman atau tidak membuat
beberapa atribut sebarang pinjaman. Setiap pinjaman merekod data pinjaman yang
dengan nilai yang unik
untuk mewakili setiap dibuat oleh seorang murid pada satu masa.
rekod dalam sesebuah • Setiap pembekal boleh membekalkan satu atau lebih barang dan setiap
jadual.
barang mungkin dibekalkan oleh satu atau lebih pembekal ataupun
tidak dibekalkan oleh mana-mana pembekal.
Langkah-langkah untuk melakar ERD adalah seperti yang berikut:
1 Senaraikan entiti dan atribut.
Entiti Atribut
BARANG NoBarang, NamaBarang, Kuantiti, HargaSeunit
MURID IDMurid, NamaMurid, Kelas
PINJAMAN NoPinjaman, TarikhPinjam, TarikhPulang
NoPembekal, NamaPembekal, Alamat (ialah atribut komposit
PEMBEKAL
yang terdiri daripada NamaJalan, Bandar, Poskod, Negeri)
2 Kenal pasti kunci primer.
Entiti Kunci Primer
BARANG NoBarang
MURID IDMurid
PINJAMAN NoPinjaman
PEMBEKAL NoPembekal
3 Kenal pasti hubungan antara entiti:
• meminjam
• merekod
• membekal
4 Lakarkan ERD dan kenal pasti kekardinalan seperti dalam Rajah 2.1.7.
66 Sains Komputer Tingkatan 5

