Page 112 - BUKU TEKS ASK T3
P. 112

3.10


            Pengecaman Corak dalam Algoritma                                         Kaedah
                                                                                     Peta i-Think
            1.  Teliti dua algoritma berikut.


                       Algoritma 1                                Algoritma 2
              1  Wujudkan beberapa buah         1  Pastikan item-item dalam senarai telah diisih
                 baldi untuk menyimpan            mengikut urutan menaik.
                 item-item daripada senarai     2  Lihat item yang berada di tengah senarai.
                 secara sementara.              3  Bandingkan item carian dengan item yang berada
              2  Tentukan julat bagi setiap       di tengah senarai.
                 baldi supaya item-item         4  Jika nilai bagi item carian sama dengan nilai bagi
                 dapat dimasukkan ke dalam        item yang berada di tengah senarai, carian akan
                 baldi.                           dihentikan.
              3  Masukkan setiap item secara    5  Jika nilai item carian kurang daripada nilai item
                 sementara ke dalam baldi         yang berada di tengah senarai, abaikan item
                 berdasarkan julat yang           di tengah senarai dan item-item selepasnya.
                 ditetapkan.                      Kemudian, lihat pada senarai yang tinggal.
              4  Isih item-item di dalam        6  Jika nilai item carian lebih daripada nilai item di
                 setiap baldi.                    tengah senarai, abaikan item di tengah senarai
              5  Setelah item-item dalam          dan item-item sebelumnya. Kemudian, lihat pada
                 kesemua baldi diisih,            senarai yang tinggal.
                 cantumkan item-item            7  Ulang Langkah 2 hingga Langkah 6 sehingga item
                 tersebut dan masukkan            carian dijumpai atau apabila carian selesai tanpa
                 semula ke dalam senarai.         menjumpai item carian.

            2.  Lakukan perbandingan antara kedua-dua algoritma ini dan tentukan algoritma yang
                manakah mewakili search dan sort?
            3.  Beri justifikasi terhadap jawapan anda.
            4.  Huraikan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua algoritma ini dalam bentuk
                peta i-Think yang menarik.




                 Pembelajaran           3.1.6   Algoritma bagi Gabungan Search dan
                                                 Sort
            Murid boleh:
            3.1.6   Menghasilkan     Dalam kehidupan seharian, adakalanya aktiviti mencari dan
                 algoritma melibatkan   mengisih memerlukan gabungan algoritma search dan sort untuk
                 gabungan teknik     memudahkan penyelesaian masalah. Begitu juga dalam proses
                 search dan sort.    membina atur cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah,
                                     kadangkala gabungan teknik  search dan  sort perlu digunakan.
                                     Bagi masalah atau situasi yang mengaplikasikan teknik  search
                                     dan  sort, pengatur cara perlu memilih gabungan teknik yang
                                     sesuai supaya output yang diperoleh adalah seperti yang
                                     diingini. Gabungan kedua-dua teknik ini akan mempercepat
                                     dan memudahkan proses penyelesaian sesuatu masalah.
          102
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117