Page 115 - BUKU TEKS ASK T3
P. 115

Pembangunan Algoritma   3.1

                Rajah 3.30 menunjukkan algoritma bagi mencari buku berkategori Operasi.

                             1.  Masuk ke perpustakaan.
                             2.  Lihat carta DDC.
                             3.  Cari nombor rak berlabel 500. SainsTulen.
                             4.  Pergi ke rak berlabel 500. SainsTulen.
                             5.  Cari bahagian berlabel 510. Matematik.
                             6.  Cari bahagian berlabel 513. Aritmetik.
                             7.  Cari bahagian berlabel 513.2 Operasi.
                             8.  Cari buku yang dikehendaki.
                             9.  Tamat.

                                 Rajah 3.30  Algoritma carian buku berkategori Operasi
                Berdasarkan algoritma di atas, dapat diperhatikan bahawa gabungan dua jenis teknik
             carian digunakan. Naresh menggunakan  binary search untuk mencari rak berlabel 500.
             SainsTulen kerana terdapat lebih 900 label pada carta DDC. Kemudian, Naresh menggunakan
             linear search untuk mencari bahagian berlabel 510.Matematik kerana bahagian ini berada
             di rak pertama bagi label 500. Seterusnya, untuk mencari bahagian berlabel 513.Aritmetik,
             Naresh menggunakan  binary search kerana bahagian ini berada di tengah-tengah label
             antara 510 hingga 519. Naresh menggunakan linear search untuk mencari bahagian berlabel
             513.2.Operasi dan seterusnya mencari buku yang dikehendaki.



                     3.15   Pembinaan algoritma bagi gabungan teknik sort.


               Adila ialah seorang pembantu klinik. Dia dikehendaki menyusun fail-fail pesakit yang
               terdapat di klinik itu bagi memudahkan fail pesakit dicari apabila pesakit datang untuk
               mendapatkan rawatan. Adila memulakan tugasnya dengan mengisih fail-fail mengikut
               tahun kelahiran pesakit. Bagi setiap tahun kelahiran,  Adila menyusun fail-fail itu
               mengikut abjad nama pesakit.

                Rajah 3.31 menunjukkan algoritma bagi isihan fail-fail yang dilakukan oleh Adila.

                      1.  Semak tahun kelahiran yang terdapat pada fail pesakit.
                      2.  Isih fail-fail pesakit dengan memasukkan fail-fail ke dalam beberapa
                         buah kotak mengikut tahun kelahiran.
                      3.  Isih  fail-fail  yang  terdapat  di  dalam  setiap  kotak  mengikut  abjad
                         nama pesakit.


                                     Rajah 3.31  Algoritma isihan fail-fail di klinik
                Berdasarkan algoritma dalam Rajah 3.31, terdapat gabungan dua isihan yang berlaku
             dalam proses  Adila menyusun fail-fail pesakit.  Adila menggunakan  bucket sort untuk
             mengisih fail-fail pesakit mengikut tahun kelahiran kerana pesakit terdiri daripada pelbagai
             peringkat umur. Kemudian, Adila menggunakan bubble sort untuk mengisih fail-fail pesakit
             yang berada di dalam setiap kotak mengikut abjad nama pesakit.

                                                                                                105
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120