Page 130 - BUKU TEKS ASK T3
P. 130
Dalam pangkalan data hubungan, setiap entiti diwakili oleh satu jadual (juga disebut
jadual hubungan). Setiap jadual hubungan terdiri daripada beberapa lajur yang dikenali
sebagai medan. Setiap lajur atau medan pula mewakili satu atribut. Setiap baris dalam entiti
mewakili satu rekod bagi seorang murid. Satu rekod mengandungi data bagi setiap atribut
yang ada dalam entiti. Jadual 4.1 menunjukkan perwakilan entiti murid dan atributnya
dalam pangkalan data hubungan.
Jadual 4.1 Perwakilan entiti dan atribut dalam pangkalan data hubungan
Atribut (lajur atau medan)
Tarikh_
ID_Murid Nama Jantina Bangsa Alamat
Lahir
2016020 Lee Yong Yong 4.10.01 Lelaki Cina 12, Jln. Labu Jaya,
Seremban
2016059 Maniam a/l Manikam 8.3.01 Lelaki India 30, Jln. Manis,
Rekod 2016321 Zulkifli bin Zamani 12.2.01 Lelaki Melayu 7, Jln. Ampang, KL
Seremban
2016288 Elizabeth Paul 30.4.01 Perempuan Dusun 82, Lrg Belimbing 2,
Tmn ABC
4.1 Aktiviti Berpasangan
Kenal Pasti Entiti dan Atribut-atribut Kaedah
Think-Pair-Share
1. Kaji jadual di bawah. Kenal pasti dan lakarkan entiti dan atribut-atribut berdasarkan
data dalam jadual.
MURID
No_Daftar Nama_Murid Kategori Rumah_Sukan
1111 AKASHAH BIN ZAINAL LELAKI 1 GARUDA
1112 KIRTHANA A/P MUTHU PEREMPUAN 1 HELANG
1113 LEE CHONG ZHE LELAKI 2 RAJAWALI
1114 YAP MEI LING PEREMPUAN 2 KASAWARI
2. Kongsikan idea lakaran-lakaran yang telah dibuat bersama-sama rakan anda.
3. Bentangkan hasil lakaran kepada semua murid di dalam kelas.
4. Berdasarkan perbentangan, murid diminta menghasilkan lakaran yang mempunyai
dua entiti dalam persekitaran kedai runcit.
120

