Page 159 - BUKU TEKS ASK T3
P. 159
Pangkalan Data dan SQL 4.1
4.5
Membina Borang Kaedah Pembentangan
Hasil Sendiri
1. Jadual berikut menunjukkan satu rekod pesakit.
ID Pesakit : SA00174180 Kewarganegaraan : Malaysia
Nama Pesakit : Norain binti Ramli No. Fail : MR00158050
Jantina : Perempuan No. Wad : 2
Tarikh Lahir : 02/07/1975 No. Katil : 14
Umur : 43 Penyakit : Darah Tinggi
Bangsa : Melayu Nama Doktor : Dr. Zainuddin bin Ismail
Alamat : No. 3, Jalan Payung,
47800 Petaling Jaya
2. Anda diminta membentuk kumpulan.
3. Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, anda diminta untuk mengenal
pasti dua entiti dan atribut-atribut yang sesuai. Hasil dapatan anda perlu
ditulis pada kertas.
4. Setelah masa yang diperuntukkan tamat, ahli-ahli dalam kumpulan perlu berkumpul
dan membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5. Dalam kumpulan, semua murid diminta menunjukkan jawapan masing-masing.
4.4
Membina Pangkalan Data bagi Hasil Dapatan Dalam Aktiviti 4.5
1. Lancarkan perisian aplikasi Microsoft Access.
2. Ikuti langkah-langkah untuk membina pangkalan data yang telah anda pelajari
dalam subtopik 4.1.5 untuk membina pangkalan data bagi hasil dapatan anda dalam
Aktiviti 4.5.
3. Setelah berjaya membina pangkalan data, anda perlu menghasilkan borang dan
memasukkan data ke dalam jadual melalui borang yang dibina.
4. Anda boleh mengkaji semula Rajah 4.25, Rajah 4.27 dan Rajah 4.28 untuk mengetahui
langkah-langkah menghasilkan borang dan memasukkan data baharu ke dalam jadual
melalui borang.
149

