Page 164 - BUKU TEKS ASK T3
P. 164
Langkah-langkah menghasilkan pertanyaan (query) dengan menggunakan SQL
Pertanyaan (query) bermaksud pertanyaan kepada pangkalan data hubungan dalam bahasa
query untuk mencapai data dan maklumat yang disimpan dalamnya. Pernyataan SQL yang
telah anda pelajari ialah pertanyaan (query).
Capaian data dan maklumat daripada pangkalan data yang dibina dengan perisian
aplikasi Microsoft Access dapat dilakukan dengan menggunakan arahan SQL. Pertanyaan
(query) dapat dihasilkan dengan menggunakan pernyataan-pernyataan SQL yang telah
anda pelajari. Rajah 4.36 menunjukkan langkah-langkah menghasilkan pertanyaan (query)
dengan menggunakan arahan SQL.
Langkah 1 Klik Create di bar Menu, Langkah 2 Pilih entiti MURID dan klik Add.
kemudian klik Query Design.
1. Klik Create.
2. Klik Query
Design.
1. Pilih jadual
MURID.
2. Klik Add.
Langkah 3 Jadual MURID telah ditambah. Langkah 4 Klik View dan pilih SQL View.
Jadual murid yang Klik View dan
ditambahkan. pilih SQL View.
154

