Page 162 - BUKU TEKS ASK T3
P. 162

Jadual 4.7  Keterangan dan contoh untuk pernyataan SELECT...WHERE

            (ii)  Pernyataan SELECT…WHERE

                     Keterangan                                   Contoh
            Pernyataan SELECT…             Sintaks Umum
            WHERE hampir serupa            SELECT atribut_1, atribut_2,…atribut_N
            dengan pernyataan SELECT… FROM nama_jadual
            FROM. Perbezaan utama          WHERE kriteria;
            ialah pernyataan SELECT…
            WHERE mencapai data-data       Contoh
            yang tertentu yang memenuhi  Pemilihan atribut yang memenuhi sesuatu kriteria.
            sesuatu kriteria sahaja. Oleh   Katakan anda ingin memilih beberapa atribut yang
            itu, data yang dicapai lebih   memenuhi kriteria Jantina = “PEREMPUAN” daripada
            khusus.
                                           entiti MURID. Maka anda perlu menulis sintaks
                                           seperti berikut:

                                                  SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
                                                  FROM MURID
                                                  WHERE Jantina = “PEREMPUAN”;

                                           Kriteria yang telah ditetapkan ditulis dalam klausa
                                           WHERE, iaitu Jantina = “PEREMPUAN”. Oleh itu,
                                           carian bagi atribut Nama_Murid, Jantina dan Kaum
                                           adalah berdasarkan kriteria PEREMPUAN.

                                           Output
                                           Paparan output jelas menunjukkan bahawa data bagi
                                           atribut-atribut seperti Nama_Murid, Jantina dan Kaum
                                           adalah berdasarkan kriteria PEREMPUAN telah dicapai
                                           daripada entiti MURID. Output yang terhasil seperti
                                           Rajah 4.33.
                 Penulisan kriteria perlu
                 mempunyai simbol
                 pembuka dan penutup           Pertanyaan 3
                 kata (“”). Jika anda                  Nama_Murid            Jantina    Kaum
                 tidak berbuat demikian,      DAMIA ZAHRAA BINTI RAHIM    PEREMPUAN  MELAYU
                 maka akan berlaku ralat      DHIA ARISSA BINTI MALIK     PEREMPUAN  MELAYU
                 sintaks.                     JESSICA HENG MUI MUI        PEREMPUAN  CINA
                                              DEVI A/P MUTHU              PEREMPUAN  INDIA
                                                        Rajah 4.33  Output Pertanyaan 3












          152
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167