Page 169 - BUKU TEKS ASK T3
P. 169
Pangkalan Data dan SQL 4.1
(ii) Operator AND Penerangan
operator OR dan
Apabila operator AND digunakan untuk menggabung dua operator AND
kriteria P dengan Q, ungkapan P AND Q akan dihasilkan. Nilai dalam SQL
boolean BENAR akan dipulangkan hanya apabila kedua-dua
kriteria P dan Q adalah BENAR. Jadual 4.10 menunjukkan
jadual kebenaran AND.
Jadual 4.10 Jadual kebenaran AND goo.gl/z4Ehc9
P Q P AND Q
BENAR BENAR BENAR
BENAR PALSU PALSU
PALSU BENAR PALSU
Jadual kebenaran
PALSU PALSU PALSU ungkapan boolean yang
menggunakan operator
AND (^) adalah seperti
Pernyataan SQL yang berikut menunjukkan sintaks umum berikut:
penggunaan operator AND dalam klausa WHERE.
P Q P ^ Q
1 1 1
SELECT atribut_1, atribut_2, …, atribut_N 1 0 0
FROM nama_jadual
WHERE kriteria_1 AND kriteria_2 AND …kriteria_N; 0 1 0
0 0 0
4.7 Penggunaan operator AND dalam pernyataan SQL.
Pernyataan SQL berikut menunjukkan penggunaan operator AND dalam klausa WHERE
untuk mendapatkan data yang memenuhi kedua-dua kriteria yang dinyatakan, iaitu kriteria
jantina ialah perempuan atau kriteria kaum ialah Melayu.
SELECT ID_Murid, Nama_Murid, Jantina, Kaum
FROM MURID
WHERE Jantina = “PEREMPUAN” AND Kaum = “MELAYU”;
Rajah 4.39 menunjukkan output yang terhasil daripada pernyataan SQL di atas.
OPERATOR AND
ID_Murid Nama_Murid Jantina Kaum
SM101 DAMIA ZAHRAA BINTI RAHIM PEREMPUAN MELAYU
SM102 DHIA ARISSA BINTI MALIK PEREMPUAN MELAYU
Rajah 4.39 Output pertanyaan OPERATOR AND
159

