Page 167 - BUKU TEKS ASK T3
P. 167
Pangkalan Data dan SQL 4.1
4.5
Menghasilkan Pangkalan Data dan Pertanyaan (Query)
1. Lancarkan perisian aplikasi Microsoft Access.
2. Hasilkan entiti MURID dan entiti GURU_PENASIHAT yang ditunjukkan dalam
Aktiviti 4.6.
3. Berdasarkan pertanyaan-pertanyaan SQL yang anda peroleh daripada Aktiviti 4.6,
hasilkan PERTANYAAN 1, PERTANYAAN 2, PERTANYAAN 3 dan PERTANYAAN 4.
4. Rujuk semula Rajah 4.36 untuk langkah-langkah menghasilkan pertanyaan (query).
5. Setelah berjaya, tunjukkan kepada guru anda untuk disemak.
4.1.8 Penggunaan Pernyataan-pernyataan Pembelajaran
SQL yang Melibatkan Ungkapan
Boolean Murid boleh:
4.1.8 Menggunakan
Semasa membuat pertanyaan (query), anda mungkin pernah arahan SQL
berada dalam situasi yang memerlukan anda menggunakan melibatkan
ungkapan Boolean:
operator logik. Operator logik juga dikenali sebagai operator (i) Operator OR
boolean. Operator logik yang digunakan dalam arahan SQL (ii) Operator AND
ialah OR, AND, EQV, NOT dan XOR. Akan tetapi, operator
OR dan operator AND ialah dua operator logik yang paling
kerap digunakan.
Operator logik digunakan untuk menggabungkan dua atau
lebih kriteria bagi menghasilkan satu ungkapan boolean. Ungkapan
boolean akan memberi nilai BENAR atau PALSU. Penggunaan
operator logik dalam arahan SQL membenarkan pelbagai kriteria
atau syarat digabungkan untuk menghasilkan pertanyaan yang
lebih kompleks untuk mencapai data yang dikehendaki.
(i) Operator OR
Video tentang
Apabila operator OR digunakan untuk menggabungkan dua operator OR dan
operator AND
kriteria P dan Q, ungkapan P OR Q akan dihasilkan. Nilai boolean dalam SQL
BENAR akan dipulangkan jika salah satu kriteria P atau Q adalah
benar. Jadual 4.9 menunjukkan jadual kebenaran OR.
Jadual 4.9 Jadual kebenaran OR
P Q P OR Q goo.gl/5fLhrc
BENAR BENAR BENAR
BENAR PALSU BENAR
PALSU BENAR BENAR
PALSU PALSU PALSU
157

